Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

11 Ogos 2008

Rasai kepuasan maksima di Kolam Hj Omar




JIKA ingin merasai kepuasan maksima ketika memancing, mungkin Kolam Pancing Haji Omar boleh memberi jawabannya.
Kolam yang dibuka secara rasmi pada detik hari kemerdekaan 31 Ogos 2005 itu dilihat cukup memenuhi selera di kalangan kaki pancing bukan sahaja kepuasan berentap dengan ikan yang memakan umpan tetapi juga pasti ada yang terpegun dengan kejernihan air kolam yang menerima sumber dari sebatang sungai berhampiran. Terletak di Kampung Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan, kolam yang memiliki saiz keluasan yang agak besar menawarkan pelbagai spesis jenis untuk dipancing. Antaranya, tongsan, sembilang, pacu, rohu, patin,talapia dan jelawat.

Waktu operasi kolam tersebut ditetapkan mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang pada setiap hari kecuali hari jumaat manakala RM20.00 lazimnya dikenakan kepada setiap kaki pancing sebagai bayaran pendaftaran. Kaki pancing yang ingin mencuba nasib dikolam ini, boleh menghubungi talian 06-7582801 untuk mendapat maklumat lanjut termasuk lokasi kolam dan maklumat lain sebelum melabuhkan joran disitu.

09 Ogos 2008

Virgin River menggamit kaki pancing


RAMAI yang mengetahui bahawa Tanjung Malim terkenal kerana kehebatannya memiliki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Proton City tetapi barangkali tidak menyedari ditengah-tengah kemegahan kedua-dua pusat itu terdapat sebuah kolam memancing ikan air tawar yang agak popular dikalangan masyarakat tempatan.

Terletak tiga kilometer dari kawasan industri Proton City, Kolam Pancing Kampung Sungai Dara atau nama komersialnya “Virgin River” memiliki keistimewaan sendiri kerana lokasinya yang cukup aman damai dengan persekitaran diselimuti tumbuhan hijau. Menurut tuan empunya kolam, Saudara Munir Baharom sewaktu dihubungi berkata, waktu operasi kolam bermula dari jam 2.30 petang hingga 6.30 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala Sabtu,Ahad dan Cuti Umum ia dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang.
“Jika terdapat permintaan, kolam ini juga dibuka pada waktu malam dengan syarat bilangan pemancing harus melebihi 15 orang. Pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan, swasta atau persendirian yang berminat untuk mengadakan pertandingan di kolam ini dengan bayaran berpatutan. Sepertimana kolam-kolam lain tambahnya, kolam ini mengenakan bayaran agak berpatutan iaitu sebanyak RM25.00 bagi 3 jam pertama diikuti bayaran tambahan RM6.00 setiap jam berikutnya. Antara sepsis ikan di kolam ini ialah rohu, tongsan, patin, pacu, tilapia merah dan lampam. Kepada kaki pancing yang ingin memperolehi maklumat lanjut mengenai kolam ini, sila hubungi 013-3309693.

06 Ogos 2008

RM7,000 jadi rebutan juara Danau Damai


KOLAM Danau Pancing Damai akan menganjurkan pertandingan yang dikenali 'Juara Pancing Danau' bersempena ambang kemerdekaan ke-51 pada 24 Ogos depan. Pengusaha kolam, Adi berkata, mana-mana peserta yang ingin mengambil bahagian boleh membuat pembayaran daftar masuk sebanyak RM50.00/satu joran sebelum masa pertandingan bermula. Kata Adi lagi, pertandingan dijangka bermula dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dengan menwarkan hadiah cukup lumayan seperti berikut:
Hadiah Utama
Pertama: RM7,000.00
Kedua: RM3,000.00
Ketiga: RM1,500.00
Keempat: RM700.00
Kelima: RM300.00
Keenam: RM200.00
Ketujuh: RM150.00
Kelapan: RM100.00
Kesembilan: RM90.00
Kesepuluh: RM80.00
Ke11-15: RM70.00
Ke16-20: RM60.00
Ke-21-25: RM50.00
Ke26-30: Hamper

Hadiah Khas Tongsan & Keli

Pertama: RM600.00

Kedua: RM300.00

Ketiga: RM100.00

Para pemancing boleh menghubungi Adi untuk keterangan lanjut di talian 014-2359424.

03 Ogos 2008

Jaafar pertahan juara bulanan Ruskijang Park

PERTANDINGAN Jackpot Bulanan Kolam Pancing Ruskijang Park Kemensah, Ulu Klang bagi Julai telah berlangsung mulai jam 6.30 petang tadi dimana saudara Jaafar terus mempertahankan kedudukannya sebagai juara sepertimana yang diraih pada bulan sebelumnya. Ia diikuti tempat naib juara dimenangi saudara Rostam dan saudara Amin menduduki tempat ketiga. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250.00 dan RM150.00. Bagaimanapun, tiada pemenang bagi kategori khas rohu/jelawat dan kap rumput.

KEPUTUSAN PENUH
Juara (RM500.00)
JAAFAR - Tongsan: berat 2.545 kg
Naib Juara (RM250.00)
ROSTAM OMAR - Lekoh: berat 2.365kg
Tempat Ke-3 (RM150.00)
AMIN - Lekoh:berat 1.650kg
Tempat Ke-4 (RM100.00)
M.SHARIL - Keli: berat 1.000kg
Tempat Ke-5 (RM70.00)
NIK S - Patin: berat 0.955kg
Tempat Ke-6 (RM50.00)
MIMIE - Lekoh: berat 0.890kg
Tempat Ke-7 (RM30.00)
ZAINI - Patin: berat 0.850kg
Tempat Ke-8 (RM30.00)
RASHID - Talapia Merah: berat 0.705kg
Tempat ke-9 (RM30.00)
AMIRUL - Talapia Merah: berat 0.705kg

KATEGORI ROHU/JELAWAT/KAP RUMPUT
Tiada Pemenang

Penyertaan peserta: 80 orang

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...