Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

30 September 2009

Cabaran Ranking Terberat Tasik Idaman kini bermula


Cabaran Memancing Ranking Terberat Bulanan

D'KOMPLEKS TASIK IDAMAN

Tarikh: bermula 25 September hingga 3 November 2009
Masa: Kolam dibuka 24 Jam [12.00mlm hingga 7.00pagi - zon 1 & 6 sahaja dibuka]
Yuran Penyertaan: RM30.00 untuk 6 jam
Lokasi: Kolam D'Kompleks Tasik Idaman, Lot 44A, Jalan Idaman 84/89, Jalan Jenderam, Dengkil, Selangor
Hadiah Utama
Juara: RM2,000.00
Tempat Ke-2: RM2,000.00
Tempat Ke-3: RM2,000.00
Tempat Ke-4: RM2,000.00
Tempat Ke-5: RM2,000.00
Tempat Ke-6: RM500.00
Tempat Ke-7: RM500.00
Tempat Ke-8: RM500.00
Tempat Ke-9: RM500.00
Tempat Ke-10: RM500.00
Kategori Spesis
[Tongsan sisik halus]
Juara: RM2,000.00
Tempat Ke-2: RM1,000.00
Tempat Ke-3: RM500.00
Maklumat lanjut:
Hubungi Bob @ Fairi [012-3891185], Man Chek [012-3743415], Jep [017-3282478]
Website: Tasik Idaman

29 September 2009

150 peserta China sah sertai Pertandingan Tasik Kenyir

SERAMAI 150 orang peserta dari negara China telah mengesahkan diri menyertai pertandingan memancing di Tasik Kenyir selama lima hari bermula 2 Oktober depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (gambar) ketika mengesahkan perkara itu berkata, langkah menarik penyertaan dari negara Tembok Besar China lebih menjurus ke arah mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan utama.Difahamkan, lebih 300 orang peserta dijangka akan mengambil bahagian dan mendapat liputan lintas langsung daripada beberapa stesen televisyen China.

Bagi menyemarakkan pertandingan itu nanti, kata Ahmad, sebanyak RM53,000 telah diperuntukkan sebagai hadiah keseluruhan pertandingan manakala RM400,000 disediakan untuk menyalur ikan-ikan baru di tasik berkenaan.

"Kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak RM400,000 bagi memasukkan ikan-ikan baru. Antara spesis ikan bakal dilepaskan ialah toman dan mekong giant fish atau keli gergasi yang boleh mencecah berat sehingga 100 kg yang dibeli dari Vietnam dan Laos.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib berkata, kehadiran ramai peserta dan media China akan membantu kerajaan negeri mempromosi Terengganu kepada rakyat negara itu.

"Sebanyak 16 media termasuk majalah dan portal menyertai lawatan kali ini. Maklumbalas yang kami terima menggambarkan ia sebagai satu tarikan baru pelancongan. Ini kerana pancing adalah sebahagian satu aktiviti yang ditekan oleh kerajaan negeri."ujar Za'abar.

09 September 2009

Tiram Fishing & Resort tawar pakej istimewa memancing


BAGI kaki pancing yang berada di sekitar Johor Bahru khususnya di muara Sungai Johor nama Rumah Rakit
Tiram Fishing & Resort atau lebih dikenali sebagai 'Rakit Pak Atan ' sememangnya tidak perlu diperkenal lagi apatah lagi turut menerima liputan meluas daripada pelbagai media termasuk program terbaru Astro Prima 'Warung Kita' yang dikelolakan Farouk Hussein baru-baru ini.

Tiram Fishing & Resort yang sudah beroperasi sejak tahun 2000 pada mulanya adalah sebuah pusat menternak ikan. Setelah menerima sambutan menggalakkan dan permintaan tinggi dikalangan kaki pancing, maka pihak pengurusan rumah rakit itu telah mengambil inisiatif membesarkan kawasannya sebagai memenuhi permintaan dan keseronokan kaki pancing.

Dengan kos yang mencecah ke jutaan ringgit, kawasan itu kini boleh menempatkan sekitar 150 - 250 orang kaki pancing dalam satu-satu masa. Lokasinya pula sememangnya nyaman dan berdekatan dengan Pulau Layang.

Bagi mereka yang ingin merasai suasana disini boleh datang dari dua arah berlainan. Jalan pertama boleh dilalui menerusi Johor Bahru>>>Ulu Tiram>>>Sungai Tiram>>>Felcra Sungai Tiram>>>Loji Air Sultan Iskandar. Sementara satu lagi laluan terbaik ialah menerusi jalan arah Simpang Kampung Kopok Masai/Pasir Gudang>>>Gate Air>>>Parking di warung tepi laut>>>diikuti membuat panggilan dan dapatkan bot pantai untuk menuju ke rumah rakit.

Pelbagai spesis ikan boleh dipancing disini. Antaranya siakap, kerapu, tebal pipi, talang, tamban, dempol, cermin, senangin yang kerap berkeliaran di sekitar rumah rakit. Kelazimannya kaki pancing yang memancing menggunakan kaedah pancingan dasar, apungan dengan pelampung, yo-yo/appollo atau casting dengan menggunakan umpan tiruan. Bagaimanapun, tidak kurang ada yang menggunakan umpan udang hidup, umpun-umpun dan ruat.

Segala kemudahan asas telah disediakan di atas rakit tersebut seperti bekalan elektrik, air, tandas, bilik mandi dan surau selain turut menawarkan pakej istimewa kepada para pengunjung meliputi memancing atas rakit dan bot, bilik penginapan, restoran makanan laut, membeli umpan memancing dan menjual hasil laut segar.

Selain itu, pihak Tiram Fishing & Resort turut menerima permintaan mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang aktiviti luar seperti pertandingan memancing atas rakit, hari keluarga & majlis percutian yang ingin diadakan bercirikan suasana resort atas air.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, kaki pancing boleh menghubungi tuan empunya Tiram Fishing & Resort, Atan [013-7060000], Puan Siti Aminah @ Sayang [013-7000050] atau kaunter rumah rakit [013-7069436].

04 September 2009

Cabaran Memancing Seri Bayu Tekala 5 September

Cabaran Memancing
SERI BAYU TEKALA

Tarikh: 5 September 2009 (Sabtu)
Masa: 11.00 malam - 4.00 pagi
Lokasi: Kolam Pancing Seri Bayu Tekala, Semenyih, Selangor
Yuran Penyertaan: RM70.00/1 joran
Hadiah Utama
Juara: RM14,000.00

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...