Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

31 Ogos 2015

Jom pacak pertandingan Antarabangsa di Kolam G.J. Fishing Park Seremban malam besok

Sila klik flyer dan syarat-syarat pertandingan diatas untuk melihat dalam skala besar.

26 Ogos 2015

Kolam pancing kelah tarikan terbaru di Lembah Kelang


Bagi para penggemar ikan kelah khususnya di sekitar Lembah Kelang, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi jauh hingga ke Taman Negara untuk memancing spesis terbaik ini.

Ini kerana sebuah kolam memancing ikan kelah akan dibuka secara rasmi pada tarikh hari kemerdekaan tahun ini iaitu 31 Ogos yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Menurut seorang wakil kolam ini yang hanya mahu dikenali sebagai Sofi berkata, kerja-kerja pembinaan kolam akan lengkap sepenuhnya dan nama kolam akan diumumkan menjelang detik hari kemerdekaan.

"Saya berharap dengan adanya kolam ini, ramai kaki pancing terutama penggemar ikan kelah tidak melepaskan peluang keemasan untuk merasai tarikan ikan tersebut sambil menikmati suasana nyaman dan pemandangan indah sekitar kolam yang diseliputi kawasan hutan.

"Buat permulaan, kolam ini menetapkan bayaran masuk untuk memancing kelah ialah sebanyak RM100/sejam. Setiap pemancing sekurang-kurangnya perlu memancing masa minima selama 2 jam.

Selain kelah kata Sofi, pihaknya juga menyediakan sebuah kolam memancing untuk penggemar ikan air tawar lain seperti patin, rohu dan talapia.

"Setiap pemancing yang hendak memancing patin, rohu dan talapia dikenakan kadar lebih rendah iaitu RM20/sejam dan mereka perlu memancing masa minima selama 3 jam/RM50.

Bagi kaki pancing yang berjaya mendaratkan kelah sahaja boleh membawa pulang ke rumah manakala mana-mana ikan patin, rohu dan talapia yang berjaya dinaikkan melebihi 5kg ke atas perlu dilepaskan dan akan dibayar secara tunai mengikut berat ikan.

Untuk keterangan lanjut atau memasang impian untuk memancing di kolam ini,  kaki pancing boleh berhubung terus dengan Sofi di talian 013-3008444.

Q




13 Ogos 2015

Jelajah Pancing KL kembali bergegar, Ampang Hilir lokasi pertama 29 Ogos ini

Sila klik fyler diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...