31 Julai 2016

Madi Lombok dinobat juara Memancing Raya bersama JEJAK SUCI


Encik Madi Lombok (tengah) dari K. Brg, Terengganu mencuri tumpuan ramai pada Pertandingan Memancing Raya bersama JEJAK SUCI apabila dinobatkan juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM22,222 pada Jumaat lalu.

Mengekori rapat di tempat kedua dan ketiga ialah Encik Salam (berbaju hijau) dari Johor dan Encik Shafri dari Bukit Payong juga dari Terengganu.

Nampaknya setiap kali pertandingan anjuran JEJAK SUCI dibawah kelolaan Cikgu Nasir seringkali menunjukkan gelaran juara bersilih ganti dan paling menariknya penyertaan ramai kaki pancing dari luar Terengganu dilihat semakin menggamatkan suasana pertandingan.

Apa yang pasti, Memancing bersama JEJAK SUCI kini sudah boleh berdiri sama tinggi dan sebaris dengan penganjuran pertandingan memancing terbesar negara.

 Tahniah buat semua pemenang!