21 Julai 2018

Jom serang kaunter daftar awal Jelajah Pancing KL petang ini


Kaunter daftar awal sempena Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Permaisuri, Cheras akan dibuka kepada kaki pancing mulai jam 1 petang ini  hingga 9 malam dan keesokannya (Ahad) iaitu pada hari pertandingan mulai jam 6.30 pagi.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM40/ satu joran dan mereka berpeluang menerima 2 botol Oyoshi sebagai habuan ketika mendaftar.