Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

15 Disember 2018

Jom daftar Jelajah Pancing Kuala Lumpur tengahari ini; Yuran RM50


Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu semua.

Bermula dari jam 12.00 tengahari hari ini (Sabtu) hingga 10.malam, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar awal Pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur di kaunter pendaftaran yang terletak di Gate 1, Taman Tasik Ampang Hilir. Yuran cuma RM50.00/satu joran. Baju (jenis microfiber gray) dan AIR untuk 900 yg daftar awal.

Kawan-kawan boleh juga mendaftar pada hari pertandingan (esok) dari jam 6.30 pagi. Mohon beri kerjasama agar tidak melakukan perkara2 antaranya meletakkan pancang besi , menandakan cat atau spray lebih awal serta mematuhi peraturan memancing yang ditetapkan yang boleh diperolehi di kaunter daftar.

DAFTAR AWAL JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR

DAFTAR AWAL JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR

DAFTAR AWAL JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR


14 Disember 2018

Jom serbu kaunter daftar awal tengahari esok; Yuran RM50/satu joran


Salam Pancing semua. 

Kaunter akan dibuka jam 12 tgh esok (Sabtu) hingga 10 malam diikuti pada Ahad (hari pertandingan)dibuka jam 6.30 pagi di Khemah Urusetia Taman Tasik Ampang Hilir, Kl di pintu 1 dan jangan lupa sila bawa pancang besi. 

Kerjasama anda diingatkan menghormati rakan-rakan lain dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali meletakkan atau menanda sesuatu di lokasi2 pilihan sebelum mendapatkan sticker pancang terlebih dahulu. Urusetia akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum kaunter pendaftaran dibuka. (sepertimana sebelum ini). 

Yuran cuma RM50 sahaja dan anda layak menerima baju jenis Microfiber, 2 botol Oyoshi malah berpeluang merebut hadiah keseluruhan lebih RM28,000 dan RM10,000 menanti bakal juara. 

Lebih menarik, hadiah disediakan sehingga ke tempat ke-120 dan barangan sumbangan penaja berupa 2 buah motosikal, 3 unit TV dan hadiah cabutan bertuah turut menjadi habuan bagi mereka yang bertuah nanti. 

Ayuh!!! Apa tunggu lagi...Jom daftar awal tengahari esok atau hari pertandingan mulai jam 6.30 pagi. Segala-galanya terletak ditangan rakan pancing untuk merebut peluang yang terhidang di depan mata. Jumpa di sana........


10 Disember 2018

Jom meriahkan Grand Final JPKL Ahad ini, Ikan baharu sahaja dilepaskan


Ikan baharu sahaja dilepaskan di Tasik Ampang Hilir untuk Grand Final Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) Ahad ini.

Terima kasih tidak terhingga buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku penganjur dan rakan penaja Oyoshi dan Igloo.

Ayuh...jom kita meriahkan Grand Final buat tahun 2018 ini. Jumpa di sana....

Kaki Pancing Hebat, Anda Hebat …Ayuh Joran dan Umpan Terbaeek, hebat anda pastikan anda bertandang ke lokasi ini nanti.

TASIK AMPANG HILIR, KUALA LUMPUR, 16 DIS 2018
TASIK AMPANG HILIR, KUALA LUMPUR, 16 DIS 2018
TASIK AMPANG HILIR, KUALA LUMPUR, 16 DIS 2018

01 Disember 2018

Tarikan berbisa Lan Belia tewaskan patin Mekong





Sebut sahaja nama Kolam Pancing Air Tawar Abe yang terletak di Batu Pahat, Kangar pasti ramai yang mengenali nama Mazlan Che Mat atau sinonim dengan panggilan Lan Belia. 

Setiap kali dia beraksi di kolam ini, pasti ada sahaja yang menjeling ke arahnya apatah lagi ketika umpan yang dibancuhnya kerap menjadi santapan ikan-ikan bertaraf monster seperti karak dan patin mekong. 

Maka tidak hairanlah setiap kali ikan yang berjaya didaratkan pasti menjanjikan habuan lumayan dengan menduduki ranking teratas Kolam Pancing Abe.

Hari ini, beliau mempamerkan sentuhan berbisa apabila berjaya menarik ikan patin seberat 24.40kg. Terbaiklah sifu... 

Video ini juga boleh ditonton di channel Youtube: joran pancing

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...