Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

23 September 2019

Cabaran Memancing sempena Pesta Air Port Dickson 28 Sept 2019


Game Santai Cabaran Memancing Port Dickson 2019 sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson pada 28 September 2019 (Sabtu) akan berlangsung di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan.🎣🎣🎣 

Ayuh...Rakan-rakan pancing jom turun memancing sambil bawa keluarga untuk bercuti dan makan angin. Macam- macam acara disediakan sempena pesta air ini. Yuran cuma RM50/satu joran. Juara bakal membawa pulang RM7,000.

21 Ogos 2019

Ikan dilepaskan sempena Jelajah Pancing KL Siri 6/2019


Ikan baharu sahaja dilepaskan hari ini oleh pegawai tertinggi DBKL bersempena Jelajah Pancing KL pada Ahad ini. 

Bagi kaki pancing yang teruja untuk mendaftar, boleh datang awal ke kaunter pendaftaran yang terletak di pintu utama Taman Tasik Permaisuri pada Sabtu ini bermula jam 1 petang hingga 10 malam.

25 Julai 2019

Jom pacak Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri 25 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan


Selepas Tasik Ampang Hilir, kini tiba pula Jelajah Pancing KL beralih arah ke Taman Tasik Permaisuri pada 25 Ogos 2019 ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan. 

Seperti biasa, pertandingan anjuran DBKL ini mengenakan yuran RM40/satu joran dua mata. Satu botol Oyoshi menanti mereka yang mendaftar awal dan 40 cabutan bertuah jadi rebutan. 

Ayuh kawan-kawan pancing....jom pacak di sana..... 

TAMAN TASIK PERMAISURI 
25 OGOS 2019 

TAMAN TASIK PERMAISURI 
25 OGOS 2019 

TAMAN TASIK PERMAISURI 
25 OGOS 2019 

15 Julai 2019

Senarai pemenang utama Jelajah Pancing KL Siri 5/2019


SENARAI PEMENANG UTAMA JELAJAH PANCING KL SIRI 5/2019 
Lokasi: Taman Tasik Ampang Hilir
Tarikh: 14 Julai 2019

Juara KAMARULZAMAN MAUJUD - Spesis: Patin; Berat: 11.590kg
Tempat Ke-2 HIDAYAT - Spesis: Patin; Berat: 10.500kg
Tempat Ke-3 ROSLAN MD YUSOF - Spesis: Patin; Berat: 6.290kg
Tempat Ke-4 AYEN - Spesis: Patin; Berat 5.515kg
Tempat Ke-5 SAHA - Spesis: Patin; Berat: 5.505kg
Tempat Ke-6 NAZRI - Spesis: Belida; Berat 3.605kg
Tempat Ke-7 SAFRI - Spesis: Lampam; Berat 1.225kg
Tempat Ke-8 ABU AIR - Spesis: Talapia; Berat: 1.190kg
Tempat Ke-9 HAKAM - Spesis: Talapia; Berat 1.155kg
Tempat Ke-10 SIEW - Spesis: Talapia; Berat 1.130kg

Kategori Khas (Ikan Keli) 
1. MOHD RAZIMAN - Berat; 6.455kg
2. FAUZIMAN - Berat; 3.875kg
3. ACING - Berat; 3.825kg

14 Julai 2019

Penyertaan pertama kali julang nama Kamarulzaman Maujud selaku juara


Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 5/2019 
PENYERTAAN PERTAMA KALI JULANG NAMA KAMARULZAMAN MAUJUD SELAKU JUARA 

Kaki pancing yang baharu pertama kali menyertai Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) hari ini membuat kejutan terbesar apabila ikan yang didaratnya seberat 11.590kg tiga minit sebelum masa pertandingan berakhir telah muncul juara pertandingan itu yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir. 

Kamarulzaman Maujud, 51 tahun yang bertugas sebagai juru kimpal pada awalnya kelihatan terkejut apabila ikan yang dinaikkan pada saat akhir berjaya melonjakkan namanya untuk diumum sebagai juara Siri 5 sekaligus memintas pendahulu pertandingan, Hidayat yang bercita-cita mahu menjadikan kemenangan ini sebagai modal penyertaan pertandingan akan datang. 

Berikutan kejayaan ini, Kamarulzaman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta hadiah sampingan daripada pihak penaja. 

"Saya pun tidak menduga sama sekali nama saya diumumkan sebagai juara. Ini kerana selama ini saya lebih terarah mengikut rakan pancing sambil menonton pertandingan ini. 

"Tambahan pula, yuran penyertaan pertandingan Jelajah Pancing KL adalah murah. Jadi saya masuk dan saya berharap pertandingan berterusan diadakan pada masa akan datang, Terima kasih DBKL" ujarnya yang bapa kepada lima cahaya mata. 

Kepada pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), beliau yang datang dari Semenyih menaruh harapan agar pertandingan ini akan berterusan sampai bila-bila. 

Hidayat yang akur ditempat kedua berjaya meraih RM3,000 selepas mendaratkan ikan patin seberat 10.500 kg manakala tempat ketiga disandang Roslan Md Yusof menerusi tarikan patin seberat 6.290 kg dan membawa pulang RM1,000. 

Bagi kategori khas - ikan keli, nasib nyata menyebelahi Mohd Raziman, Fauziman dan Acing yang masing-masing menaiki podium tiga tempat teratas. Mereka memperoleh RM300, RM200 dan RM100.

13 Julai 2019

Jom daftar awal Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir mulai petang ini


Mulai jam 1 tengahari ini (Sabtu) hingga 10 malam ini, jangan lepaskan peluang untuk membuat pendaftaran awal di kaunter yang terdapat di Taman Tasik Ampang Hilir. 

Yuran cuma RM40/ satu joran dua mata. 

Untuk perhatian semua, sila dapatkan sticker pancang terlebih dahulu baru pancang besi.Diingatkan rakan-rakan pancing dapat mematuhi peraturan memancing yang boleh diperolehi di kaunter daftar. Sebaiknya tiada spray, tiada rentangan tali dan tiada letak dahulu baharu pancang. 

Sama-samalah kita hormati antara satu sama lain. Kalau ada rezeki , insyaallah tidak ke mana. Jumpa di tasik petang ini......

11 Julai 2019

Lepaskan ikan sempena Jelajah Pancing KL Siri 5 di Tasik Ampang Hilir


BAGI memeriahkan suasana pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 5, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  telah melepaskan ikan ke dalam Tasik Ampang Hilir tengahari semalam yang dilaksanakan oleh pegawai tertinggi DBKL dan rakan penaja.

Jangan lupa pada Sabtu ini serbu ke kaunter pendaftaran untuk daftar awal. Yuran cuma RM40/satu joran dua mata.


04 Mei 2019

Senarai pemenang utama Pertandingan Memancing Pra-GP Joran


SENARAI PEMENANG UTAMA
PERTANDINGAN MEMANCING
PRA-GP JORAN
TARIKH: 4 MEI 2019
LOKASI: PANTAI TAMBAK, PONTIAN.

Juara
BADLISHAH BIN NGADIMIN - Spesis:  Belukang; Berat 1.725kg
Naib Juara
ROSLAN BIN SULAIMAN - Spesis: Belukang; Berat 1.635kg
Tempat Ketiga
ARIPIN - Spesis: Belukang; Berat 1.540kg
Tempat Keempat
MOHD HISHAM - Spesis: Siakap; Berat 1.455kg
Tempat Kelima
AHMAD FAKHRUL - Spesis: Belukang; Berat 1.415kg
Tempat Keenam
SAWAI - Spesis: Belukang; Berat 1.350kg
Tempat Ketujuh
ASPALILA BIN SADNUN - Spesis: Belukang; Berat 1.270kg
Tempat Kelapan
AMBAKTENGAK - Spesis: Belukang; Berat 1.230kg
Tempat Kesembilan
BADLISHAH BIN NGADIMIN - Spesis: Belukang; Berat 1.185kg
Tempat Kesepuluh
AZRI - Spesis: Belukang; Berat 1.170kg

Belukang bawa tuah buat Badlishah julang juara Pra-GP Joran di Pantai Tambak Pontian


IKAN Belukang seberat 1.725kg yang didaratkan pada jam 11.55 pagi nyata membawa tuah kepada Badlishah Ngadimin untuk muncul juara Pertandingan Memancing Pra-GP Joran yang berlangsung di Pantai Tambak Pontian hari ini.

Dengan kejayaan ini, Badlishah berjaya meraih hadiah wang tunai RM77,777,77 sekaligus mengenepikan cabaran lebih 2,000 kaki pancing lain.

Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Roslan Sulaiman dan Aripin. Kedua-duanya juga menaikkan spesis yang sama dengan berat 1.635kg dan 1.540kg. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai 7,777.77 dan RM2,777.77.

Pertandingan Pra-GP Joran yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini adalah anjuran Joran Dinamika Resources dengan kerjasama Majlis Daerah Pontian dan Berita Harian adalah media rasmi pertandingan.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Pontian, YDH Supt Hj Mustafa Bakri Salleh. Hadir sama ialah Pengerusi Penganjur, Datuk Ahmad Burak.

Pada sebelah paginya, Menteri Pertanian dan Asas Tani, YB Dato' Salahuddin Ayub turut meluangkan masa beramah mesra dengan para peserta dan merasmikan pertandingan tersebut.

03 Mei 2019

RM77,777,77 menanti juara Pra-GP Joran esok


Pertandingan pra ini akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Ramai kaki pancing dari negara ini, Singapura dan Indonesia dijangka akan mengambil bahagian. Setakat ini, hampir 500 peserta telah membuat pendaftaran awal terutama secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-7641611, 010-7740140 (Ayu).

17 April 2019

Lebih RM100,000.00 untuk dimenangi sempena Pertandingan Memancing Pra GP-Joran


PERTANDINGAN MEMANCING PRA GP-JORAN akan bergema tidak lama lagi dan sedia menanti kaki pancing pada butiran berikut: 

Tarikh: 4 Mei 2019 (Sabtu) 
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari 
Lokasi: Pantai Tambak, Pontian, Johor 

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk memenangi hadiah lebih RM100,000.00 dan juara bakal membawa pulang RM77,777.77 dan hadiah sehingga ke tempat-50. 

Sebanyak 300 helai t-shirt disediakan kepada kaki pancing yang mendaftar secara online manakala 700 lagi bagi mereka yang walk in di kaunter pendaftaran. Yuran penyertaan RM100/ satu joran. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi menerusi whatsapp pada nombor yang tertera dalam flyer perntandingan.

09 April 2019

Pelepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri Cheras Ahad ini


Majlis pelepasan ikan sempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 4/2019 telah disempurnakan oleh pegawai tertinggi DBKL dan rakan penaja Oyoshi dan IGLOO-UFL sempena pertandingan yang akan berlangsung Ahad ini.

Apa tunggu lagi....jom serang dan pacak di Taman Tasik Permaisuri, Cheras....🦈🦈🦈

05 April 2019

Jom kasi gegar Taman Tasik Permaisuri 14 April ini


Jom kasi gegar Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak Cheras 14 April 2019 sempena Jelajah Pancing KL Siri 4/2019! 

Hadiah juara RM6,000.00 menanti kaki pancing. Yuran RM40/satu joran dua mata.

31 Mac 2019

Misbun Shawal ikut jejak hobi bapanya sebagai pemancing tegar


Bak kata peribahasa Melayu "Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi" nyata cukup mempengaruhi sifat anak dengan ibu-bapanya. 

Ada kebenarannya bila Joran Pancing melihat gelagat Misbun Shawal Misbun yang kebanyakan memiliki sifat dan hobi yang sama dengan bapanya. 

Sebut sahaja nama Misbun Sidek ramai mengenalinya bukan sahaja hebat diatas gelanggang badminton bahkan cukup sinonim dengan hobinya memancing. 

Jika ada kelapangan masa, tidak mustahil Misbun akan bergegas ke port-port terbaik untuk melepaskan ' gian' dan jarang sekali pulang dengan kehampaan. 

Kini jejak itu dituruti anak sulungnya, Misbun Shawal yang juga jurulatih kelab profesional Nusa Mahsuri. Pada peringkat awal penglibatannya, Misbun Shawal seolah-olah 'give up' dengan hobi ini. Maklumlah setiap turun ke port memancing ada sahaja yang tidak kena dan pulang dengan wajah sugul lantaran penangan 'bangau'. Namun semua itu sudah berubah sejak bergelar pemancing tegar. 

Pada semalam, Misbun Shawal bersama teamnya, Bangau Fan Club turun ke perairan Port Dickson untuk beraksi selama sehari suntuk. Nyata sekali hasil yang diperolehi cukup berbaloi. 

Paling menakjubkan, Misbun Shawal tidak menyangka sama sekali dapat menawan jenahak seberat 6.3kg dan beberapa spesis lain biarpun dia tidak meletakkan harapan tinggi sebelumnya untuk merasai tarikan antara spesis paling ganas di laut. 

Bahkan semua ahli kelab cukup berpuas hati biarpun terpaksa berdepan terikan cahaya matahari. Macam-macam ada..jenahak,kerapu dan senangin. 

Terbaiklah Awal and the geng. kini 'bangau' sudah menghilang jauh....🐠🐟🐡🐬🦈🐋

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...