Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

31 Mac 2019

Misbun Shawal ikut jejak hobi bapanya sebagai pemancing tegar


Bak kata peribahasa Melayu "Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi" nyata cukup mempengaruhi sifat anak dengan ibu-bapanya. 

Ada kebenarannya bila Joran Pancing melihat gelagat Misbun Shawal Misbun yang kebanyakan memiliki sifat dan hobi yang sama dengan bapanya. 

Sebut sahaja nama Misbun Sidek ramai mengenalinya bukan sahaja hebat diatas gelanggang badminton bahkan cukup sinonim dengan hobinya memancing. 

Jika ada kelapangan masa, tidak mustahil Misbun akan bergegas ke port-port terbaik untuk melepaskan ' gian' dan jarang sekali pulang dengan kehampaan. 

Kini jejak itu dituruti anak sulungnya, Misbun Shawal yang juga jurulatih kelab profesional Nusa Mahsuri. Pada peringkat awal penglibatannya, Misbun Shawal seolah-olah 'give up' dengan hobi ini. Maklumlah setiap turun ke port memancing ada sahaja yang tidak kena dan pulang dengan wajah sugul lantaran penangan 'bangau'. Namun semua itu sudah berubah sejak bergelar pemancing tegar. 

Pada semalam, Misbun Shawal bersama teamnya, Bangau Fan Club turun ke perairan Port Dickson untuk beraksi selama sehari suntuk. Nyata sekali hasil yang diperolehi cukup berbaloi. 

Paling menakjubkan, Misbun Shawal tidak menyangka sama sekali dapat menawan jenahak seberat 6.3kg dan beberapa spesis lain biarpun dia tidak meletakkan harapan tinggi sebelumnya untuk merasai tarikan antara spesis paling ganas di laut. 

Bahkan semua ahli kelab cukup berpuas hati biarpun terpaksa berdepan terikan cahaya matahari. Macam-macam ada..jenahak,kerapu dan senangin. 

Terbaiklah Awal and the geng. kini 'bangau' sudah menghilang jauh....🐠🐟🐡🐬🦈🐋

13 Mac 2019

Ikan sudah dilepaskan; jom serang Tasik Metropolitan Batu Ahad ini


Majlis pelepasan ikan patin sempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 2/2019 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd Nazam Bin Harun (3 dari kanan) dan Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL, Suhana binti Abd Malek (2 dari kanan) bersama para penaja Oyoshi dan IGLOO-UFL pada kelmarin. 

Pada Khamis ini, spesis pacu pula akan dilepaskan oleh penganjur. 

Apa tunggu lagi....jom serang dan pacak di Taman Tasik Metropolitan Batu pada Ahad ini......

06 Mac 2019

Kasi pacak Tasik Bandaran Kelana Jaya Ahad ini!


Salam kaki pancing semua. Ikan sudah dilepaskan ke dalam Tasik Bandaran Kelana Jaya sempena Pertandingan Memancing Petaling Jaya Ahad ini. 

Jangan lepaskan peluang jom ramai-ramai kita daftar awal pada Sabtu ini mulai jam 1 petang. 

Pastikan kaki pancing dapatkan info dan lokasi daftar sepertimana flyer yang tertera. 500 helai t'shirt menanti. Siapa cepat dia dapat....Kasi pacak Tasik !!! 

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...