Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

28 Disember 2008

Tanpa erti putus asa, Pak Dol tunduk tongsan 4.645 kg



BERKAT tanpa mengenal erti putus asa dan tidak gentar dengan saingan diterima daripada pemancing berpengalaman, anak jati Kemensah, Pak Dol akhirnya mampu memecah kebuntuan apabila berjaya menundukkan keperkasaan tongsan dan seterusnya muncul juara dalam pertandingan jackpot Bulanan Kolam Ruskijang Park dekat Hulu Klang malam tadi.

Pak Dol yang dianggap 'otai' dikalangan para pemancing tetap di kolam tersebut nyata tidak mampu mengungkap kata-kata selepas mendaratkan ikan bertaraf 'raja' ini yang beratnya 4.645 kilogram sekaligus menolak pendahulu ketika itu, Din Kueh, seorang peniaga yang terdahulu memulakan langkah bergaya dengan menaikkan ikan lekoh seberat 2.730 kilogram.

18 Disember 2008

Ruskijang Park tambah aktiviti Jackpot

EKORAN permintaan dan sambutan hangat dikalangan para pemancing, pihak pengurusan Kolam Ruskijang Park Kampung Kemensah, Kuala Lumpur bersetuju untuk menambah aktiviti Jackpot sedia ada menjelang akhir tahun 2008.

Aktiviti Jackpot terbaru itu adalah seperti berikut:

JACKPOT SEMPENA HARI KRISMAS
Tarikh: 24 Disember 2008 (Rabu)
Masa: 8.00 malam - 12.30 pagi
Bayaran Penyertaan: RM25.00/1 joran
Hadiah Kemenangan:
Juara - RM300.00
Tempat Ke-2: RM200.00
Tempat Ke-3: RM100.00
Tempat Ke-4: RM50.00
Tempat Ke-5: RM30.00
Tempat Ke-6: RM30.00
Tempat Ke-7: RM30.00

JACKPOT BULANAN
Tarikh: 27 Disember 2008 (Sabtu)
Masa: 6.30 petang - 12.30 pagi
Bayaran Penyertaan: RM50.00/1 joran
Hadiah Kemenangan:
Juara: RM1000.00
Tempat Ke-2: RM500.00
Tempat Ke-3: RM250.00
Tempat Ke-4: RM100.00
Tempat Ke-5: RM50.00
Tempat Ke-6: RM30.00
Tempat Ke-7: RM30.00
Tempat Ke-8: RM30.00
Tempat Ke-9: RM30.00
Tempat Ke-10: RM30.00

JACKPOT SEMPENA TAHUN BARU 2009
Tarikh: 31 Disember 2008 (Rabu)
Masa: 8.00 malam - 12.30 pagi
Bayaran Penyertaan: RM33.00/1 joran
Hadiah Kemenangan:
Juara: RM500.00
Tempat Ke-2: RM250.00
Tempat Ke-3: RM130.00
Tempat Ke-4: RM80.00
Tempat Ke-5: RM50.00
Tempat Ke-6: RM30.00
Tempat Ke-7: RM30.00
Tempat Ke-8: RM30.00

14 Disember 2008

Berkat hujan renyai, Asanudin raih RM500


PEMANCING yang menetap di Flat Darul Ridzuan Ukay Perdana, Asanudin berjaya mengenepikan saingan sengit diberikan 58 peserta lain untuk menjuarai Jackpot Mingguan Kolam Ruskijang Park, Hulu Klang selepas dia menaikkan ikan lekoh seberat 2.490 kilogram ketika pertandingan berlangsung dalam suasana hujan renyai-renyai malam tadi.

Kemenangan itu membolehkannya meraih hadiah kemenangan wang tunai RM500.00. Manakala tempat kedua serta ketiga dibolot Adi Ayen dari 91 Rejimen Semboyan Kementah dan pemancing tetap, Pak Sulaiman dari Keramat apabila masing-masing mendaratkan lekoh seberat 2.340 kilogram dan baung (1.770 kilogram).

KEPUTUSAN PENUH
Jackpot Mingguan
Juara: ASANUDIN - Lekoh; berat 2.490kg
Naib Juara: ADI AYEN - Lekoh; berat 2.340kg
Tempat Ke-3: SULAIMAN - Baung; berat 1.770kg
Tempat Ke-4: SAIFUL - Lekoh; berat 1.460kg
Tempat Ke-5: DOLLAH - Lekoh; berat 1.300kg
Tempat Ke-6: YAP - Lekoh; berat 0.950kg
Tempat Ke-7: ROSTAM - Lekoh; berat 0.905kg
Tempat Ke-8: SUFRI - Patin; berat 0.795kg

Jumlah Penyertaan: 59 orang

11 Disember 2008

Karnival memancing sempena Pesta Pulau Pinang


JAWATANKUASA Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Memancing Pulau Pinang (PMPP) akan menganjurkan 'Karnival Memancing Terbuka Pulau Pinang 2008' bersempena dengan acara Pesta Pulau Pinang bertempat dan bertarikh seperti di bawah:-
Tarikh
:
14 Disember 2008 (Ahad)
Lokasi Pertandingan
:
Persisiran Pantai Bayan Bay
(Di hadapan Kompleks Queensbay)



Waktu Daftar-Masuk
:
7.00 am hingga 9.00 am
Waktu Rasmi Pertandingan
:
9.00 am hingga 1.00 pm

OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan dan memupuk minat masyarakat terhadap kegiatan aktiviti riadah sihat sukan memancing.
  2. Menggalakkan pembangunan sukan memancing di negeri Pulau Pinang, dan
  3. Menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi sukan memancing di rantau ini.
PENDAFTARAN

Individu yang berminat untuk mengambil bahagian, digalakkan untuk mendaftar sebelum 30hb November 2008 di pusat-pusat pendaftaran terpilih. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM35.00 seorang.

Setiap peserta pertandingan akan mendapat sehelai kemeja-T, sebuah topi dan satu beg cenderahati (Goodie Bag) sumbangan penaja pertandingan.

Penyertaan hanya terhad kepada 700 peserta yang terawal mendaftar sahaja.

Sila hubungi talian telefon: 04-262 2600 (Delta Online) untuk perkembangan terkini pendaftaran penyertaan selepas tarikh tutup yang ditetapkan. (update: 4th Disember)

07 Disember 2008


Saiful genggam RM500 selepas daratkan lekoh 2.9kg


SAIFUL dari Keramat muncul juara Jackpot Mingguan Kolam Ruskijang Park dengan mengenepikan cabaran 46 peserta lain yang berakhir sebentar tadi.

Kejayaan ini dicapai selepas Saiful berjaya mendaratkan ikan lekoh seberat 2.885 kilogram dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00. Tempat kedua pula disandang oleh Wasir juga hasil dari menaikkan ikan lekoh 20 minit dari masa pertandingan berakhir.


KEPUTUSAN PENUH
Jackpot Mingguan
Juara: SAIFUL - Lekoh; berat 2.885kg
Naib Juara: WASIR - Lekoh; berat 2.350kg
Tempat Ke-3: AMRAN - Tongsan; berat 2.050kg
Tempat Ke-4: HJ DAIM - Lekoh; berat 1.995kg
Tempat Ke-5: ADI - Lekoh; berat 1.185kg
Tempat Ke-6: YAP - Lekoh; berat 1.085kg
Tempat Ke-7: AMRI - Talapia Merah; berat 1.020kg
Tempat Ke-8: IKMAL - Patin; berat 0.875kg

Jumlah Penyertaan: 47 orang

23 November 2008

Lekoh seberat 2.3kg bawa Bob pertahan juara mingguan


PEMANCING regular, Bob (foto) mencipta kejayaan unik apabila mempertahankan kejuaraan dua minggu berturut-turut Jackpot Mingguan Kolam Ruskijang Park malam tadi. Kejayaan ini dicapai selepas beliau berjaya mendaratkan ikan lekoh seberat 2.300 kilogram sekaligus meraih hadiah wang tunai RM500.00 sambil mengenepikan cabaran 56 peserta lain.
Tempat kedua disandang Pak Man sementara Adi yang mendahului pertandingan sehingga jam 12.00 tengah malam sebaik sahaja menaikkan ikan tongsan seberat 2.150 kilogram terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.

KEPUTUSAN PENUH JACKPOT MINGGUAN
KOLAM RUSKIJANG PARK KEMENSAH
22 NOVEMBER 2008

Juara (RM500.00)
BOB - Lekoh: berat 2.300 kg
Naib Juara (RM250.00)
PAK MAN - Pacu: berat 2.300kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
ADI - Tongsan: berat 2.150kg
Tempat Ke-4
IKMAL - Tongsan: berat 2.000kg
Tempat Ke-5
YUSOF- Pacu: berat 1.800kg
Tempat Ke-6
MAZLAN - Tongsan: berat 1.800kg
Tempat Ke-7
ASAN - Patin: berat 1.400kg
Tempat Ke-8
HAFIZ - Patin: berat 1.100kg

16 November 2008

Kemenangan ini penamat 'mangkau' - Bob


“Setelah sekian lama ‘mangkau’ dan gagal menduduki ranking terbaik jackpot di kolam ini, kemenangan yang dicapai malam ini seolah-olah menamatkan segala badi yang menimpa saya sebelum ini. Syukur alhamdulillah,” demikian kata Bob @ Mok secara ringkas sebaik sahaja muncul juara Jackpot Mingguan Kolam Ruskijang Park dekat Hulu Klang sebentar tadi. Beliau berkata, sudah banyak kali menyertai pertandingan di kolam ini bersama rakan-rakannya tetapi kerap tidak bernasib baik. “Selalunya sayalah yang membancuh dedak sebagai umpan apabila menyertai pertandingan. Yang peliknya, rakan-rakan saya tidak pernah pulang hampa sekurang-kurangnya menghiasai kedudukan ranking manakala saya pula menjadi sebaliknya. "Kemenangan ini setidak-tidaknya mengembalikan semula semangat saya untuk bertanding pada masa depan.”ujarnya.

Berikutan kejayaan menjuarai jackpot minggu ini, Bob berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 selepas mendaratkan ikan tongsan seberat 2.220 kg sekaligus mengenepikan cabaran 58 peserta yang mengambil bahagian. Tempat kedua dimenangi Shahrin, seorang anggota kerajaan dari Ampang yang menaikkan ikan tongsan seberat 2.050 kg manakala tempat ketiga diraih Hafiq yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM130 menerusi tangkapan ikan patin yang beratnya sama dengan Shahrin. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Hamzah Idrus, pengusaha kolam selepas pertandingan berakhir.

KEPUTUSAN PENUH
Juara (RM500.00)
BOB - Tongsan: berat 2.220 kg
Naib Juara (RM250.00)
SHAHRIN - Tongsan: berat 2.050kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
HAFIQ - Patin: berat 2.050kg
Tempat Ke-4
ZULKIFLI BOTAK - Tongsan: berat 2.005kg
Tempat Ke-5
YUSOF H KLANG - Tongsan: berat 1.790kg
Tempat Ke-6
ROSTAM - Lekoh: berat 1.775kg
Tempat Ke-7
ASURY U PERDANA - Lekoh: berat 1.570kg
Tempat Ke-8
SAMEON - Patin: berat 1.350kg
Penyertaan peserta: 71 orang

02 November 2008

Patin angkat Amirul juara termuda Jackpot


“Saya tidak menyangka sama sekali dapat menjuarai jackpot bulanan pada kali ini. Syukur alhamdulillah. “Pada mulanya saya agak tertekan juga memandangkan jumlah penyertaan peserta agak ramai apatah lagi ramai yang bertanding terdiri daripada mereka yang jauh berpengalaman dan sudah memenangi pelbagai pertandingan. "Itulah kata Amirul Mohamad, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Jalan Ipoh yang muncul juara Jackpot bulan Oktober kolam Pancing Ruskijang Park selepas menaikkan ikan patin seberat 1.860kg dengan mengenepikan 70 peserta lain.

Amirul, juara termuda memenangi jackpot bulanan di kolam ini kelihatan ceria dan berkongsi kegembiraan bersama ayah dan datuk tersayang ketika menerima hadiah kemenangan selepas sekian lama tidak merasai kedudukan terbaik ketika menyertai sebarang pertandingan sebelumnya. Berikutan kejayaan ini, Amirul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 yang disampaikan pengusaha kolam, Hamzah Idrus. Tempat kedua pula menjadi milik Baktiar sementara Salam mengungguli tempat ketiga. Baktiar dan Salam masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM250.

Bagi Hamzah, penyertaan dikalangan pemancing pada kali ini agak tinggi berbanding pertandingan jackpot beberapa bulan sebelumnya. “Sebenarnya saya agak terkejut juga jumlah peserta yang menyertai jackpot bulan ini memandangkan pada waktu pendaftaran jam 6.30 petang kehadiran mereka cuma sekitar 30 orang sahaja. Namun ia meningkat sedikit demi sedikit sehingga memenuhi setiap sudut kolam. “Apa pun, ini adalah satu perkembangan baik dan kami ingin ucapkan terima kasih atas komitmen diberikan setiap pemancing yang datang bertanding. Di pihak kami sebagai penganjur, ia akan menambahkan lagi semangat kami untuk menjadikan pertandingan jackpot di kolam kami antara terbaik di Lembah Klang.

KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT BULANAN (1 NOVEMBER 2008)
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM1,000.00)
AMIRUL - Patin: berat 1.860 kg
Naib Juara (RM500.00)
BAKTIAR - Pacu: berat 1.800kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
SALAM - Pacu:berat 1.430kg
Tempat Ke-4
AKMAL - Lekoh: berat 1.335kg
Tempat Ke-5
HAIKAL- Pacu: berat 1.275kg
Tempat Ke-6
M.ROSLI - Rohu: berat 1.235kg
Tempat Ke-7
APAI - Rohu: berat 1.120kg
Tempat Ke-8
YUSOF K - Patin: berat 1.105kg

Penyertaan peserta: 71 orang

28 Oktober 2008

Cabaran Pancing KBS-DBKL 9 Nov



KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan satu pertandingan memancing dikenali 'Cabaran Keluarga Pancing 2008' bersempena Sukan Kecergasan 9 November depan. Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000 itu akan diadakan di Taman Titiwangsa Kuala Lumpur mulai 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dengan cuma dengan bayaran pendaftaran RM30 bagi satu joran.

Info Hadiah
Juara: RM5,000
Ke-2: RM2,000
Ke-3: RM1,000
Ke-4 - 10: RM 150
11 - 20: RM 50
21 - 30: Hamper
Cabutan bertuah turut disediakan kepada pemancing

Dalam kenyataan media, KBS yakin cabaran ini bukan sahaja akan memupuk semangat berpasukan sesama ahli keluarga malah menikmati suasana dan keindahan taman rekreasi paling popular di ibu kota. Kepada keluarga atau mereka yang berminat menyertai pertandingan ini, sila hubungi Din (019-3522046), Shamsul (019-3087149) atau Rumah Sampan Taman Tasik Titiwangsa.

RM25,000 menanti juara Sevenlakes

BERIKUTAN sambutan hangat diterima, Kolam Pancing Sevenlakes terus mempelbagaikan aktivitinya apabila sekali lagi menganjurkan satu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 kepada juara yang berjaya menaikkan ikan terberat pada 9 November depan.

Dalam kenyataan kepada para pemancing, pertandingan itu akan diadakan mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di kolam yang terletak di Kuala Pajam, Batang Benar, Beranang, Selangor dengan bayaran pendaftaran RM100 bagi satu joran. Selain juara, para pemancing juga berpeluang merebut hadiah wang tunai bagi tempat kedua hingga ke-50 dan terdapat hadiah khas bagi kategori tongsan sisik halus dan spesis rohu, talapia, baung disediakan yang keseluruhannya berjumlah RM2,900. Bagi memeriahkan suasana, Kolam Sevenlakes turut memberi hadiah 500 helai t-shirt untuk peserta paling awal dan 30 hadiah bagi cabutan bertuah RM150 setiap satu. Bagi maklumat lanjut berhubung pertandingan tersebut, sila hubungi Din (013-2730850), Tapa (017-2768745), Sem (019-3720989) dan Sham 012-2425216.

HADIAH PERTANDINGAN MEMANCING SEVENLAKES
Hadiah Utama
Juara: RM25,000
Ke-2: RM10,000
Ke-3: RM 5,000
Ke-4: RM 2,000
Ke-5: RM 1,000
Ke-6: RM 700
Ke-7: RM 500
Ke-8: RM 500
Ke-9: RM 300
Ke-10:RM 300
11-20:RM 250
21-30:RM 200
31-40:RM 150
41-50:RM 100

Hadiah Khas
(Tongsan Sisik Halus)
1: RM1,000
2: RM500
3: RM300
4: RM200

Hadiah Ikan Spesis
Rohu
1: RM200
2: RM100
Talapia
1: RM200
2: RM100
Baung
1: RM200
2: RM100

Hadiah Cabutan Bertuah
RM150 setiap satu bagi 30 pemancing bertuah

AFIQ menang Jackpot Mingguan Ruskijang Park 25 Okt

KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT MINGGUAN KOLAM RUSKIJANG PARK
25 OKTOBER 2008

Juara (RM500.00)
AFIQ - Lekoh: berat 3.220 kg
Naib Juara (RM250.00)
ISMAIL- Tongsan: berat 2.820kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
AKMAL - Patin:berat 1.180kg
Tempat Ke-4
ZUL B - Patin: berat 1.165kg
Tempat Ke-5
SHARUL - Patin: berat 1.125kg
Tempat Ke-6
DIN KUEH - Patin: berat 1.008kg
Tempat Ke-7
ZUL - Rohu: berat 0.990kg
Tempat Ke-8
RASHID - Lekoh: berat 0.915kg

Penyertaan peserta minggu ini: 51 orang

25 September 2008

21 September 2008

Rasai suasana memancing di Rumah Rakit Tiram







RUMAH Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih dikenali 'Rakit Atan' sememangnya cukup dikenali sebagai salah satu destinasi memancing ikan agak popular di di negeri Johor terutama di sekitar Sungai Tiram. Terletak di muara Sungai Johor berdekatan Pulau Layang, Rumah Rakit Tiram sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan mereka yang ingin memancing atau menghirup udara segar sambil menikmati hidangan juadah yang menyegarkan disediakan oleh pengurusan tersebut.

Pengurus tempahan Rumah Rakit Tiram, Puan Siti Aminah berkata , rumah rakit tersebut dibina sejak tahun 2000 sebagai sangkar menternak ikan dengan kos yang kini menelan belanja hampir seratus ribu ringgit. "Memandangkan permintaan tinggi dikalangan para pemancing, maka pihak pengurusan itu bersetuju untuk meluaskan skop perkhidmatan kepada kemudahan memancing dan mula beroperasi sepenuhnya mulai awal tahun 2006. "Selain aktiviti memancing ikan di atas rumah rakit, para pengunjung juga boleh memancing ikan menggunakan perkhidmatan bot, membeli hasil laut pelbagai spesis ikan segar dan melawat tempat bersejarah di sekitar muara sungai Johor dan bermacam-macam lagi,"ujarnya. Kata Siti Aminah, pihaknya juga menyediakan pakej keluarga dan berkumpulan disamping anda berpeluang melihat kunang-kunang pada waktu malam di pesisir Sungai Johor.

Bagi kaki pancing, spesis ikan yang pasti menjadi daya tarikan termasuk kerapu, tentada,daun baru, merah, cermin, todak, talang, duri, gelama dan tebal pipi. Jika ingin merasai suasana lebih menyeronokkan atau memancing dalam tempoh lebih lama, anda tidak perlu merasa gusar kerana pihak pengurusan rumah rakit tersebut turut menyediakan perkhidmatan penginapan dengan harga berpatutan iaitu RM40.00 semalam/2 orang. Mengenai memancing dengan bot, Siti Aminah berkata, pihaknya sentiasa menyusun jadual trip memancing perairan Sungai Johor kepada mereka yang ingin merasai 'trill' memancing ikan yang dikategorikan gred A.

"Perjalanan trip hanya memakan masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam dengan menggunakan bot berkuasa tinggi dengan masa maksima memancing selama 12 jam. "Purata jumlah memancing yang boleh dimuatkan didalam satu bot adalah seramai lapan orang dimana keluasan bot adalah 32 kaki panjang dan 7 kaki lebar," tambah Siti Aminah atau lebih terkenal dengan panggilan manja 'Sayang'. Bagi perancangan masa depan, Siti Aminah menjelaskan bahawa pihaknya mengambil keputusan menutup sementara sepanjang bulan puasa ini untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah rakit tersebut dan akan beroperasi semula selepas hari raya aidilfitri. Bagi kaki pancing atau mereka yang ingin merasai suasana kehidupan rumah rakit, anda boleh mendapat maklumat lanjut atau membuat tempahan melalui Siti Aminah di talian 013-7000050.

07 September 2008

Julian juara Jackpot Mingguan Kolam Joran Terjun (6 September 2008)

KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT MINGGUAN
KOLAM PANCING JORAN TERJUN KEMENSAH
Juara (RM1,000.00)
JULIAN - Patin: 1.22 kg
Naib Juara (RM500.00)
IMRAN - Patin: berat 680g
Tempat Ke-3 (RM250.00)
JUMARY - Keli:berat 340g
Tempat Ke-4
WAHAB - Lekoh: berat 180g
Tempat Ke-5
HASNAN - Lekoh: berat 160g
Tempat Ke-6
WINDY - Lekoh: berat 160g
Tempat Ke-7
MAKSU - Belida: berat 120g

KATEGORI SPESIS TONGSAN SISIK HALUS
Tempat Pertama
JAAFAR - berat 5.30kg
Tempat Ke-2
AZMI - berat 3.52kg

02 September 2008

Ucapan Ramadan Al-Mubarak


TAK terlewat rasanya JoranPancing.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh pengunjung beragama Islam yang melayari blog ini terutama masyarakat pemancing di seluruh negara.

Bersempena bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengerjakan segala amalan ibadat dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t yang Maha Esa.
Salam Ramadan Al-Mubarak.
Ikhlas Daripada:
JoranPancing.blogspot.com

11 Ogos 2008

Rasai kepuasan maksima di Kolam Hj Omar




JIKA ingin merasai kepuasan maksima ketika memancing, mungkin Kolam Pancing Haji Omar boleh memberi jawabannya.
Kolam yang dibuka secara rasmi pada detik hari kemerdekaan 31 Ogos 2005 itu dilihat cukup memenuhi selera di kalangan kaki pancing bukan sahaja kepuasan berentap dengan ikan yang memakan umpan tetapi juga pasti ada yang terpegun dengan kejernihan air kolam yang menerima sumber dari sebatang sungai berhampiran. Terletak di Kampung Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan, kolam yang memiliki saiz keluasan yang agak besar menawarkan pelbagai spesis jenis untuk dipancing. Antaranya, tongsan, sembilang, pacu, rohu, patin,talapia dan jelawat.

Waktu operasi kolam tersebut ditetapkan mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang pada setiap hari kecuali hari jumaat manakala RM20.00 lazimnya dikenakan kepada setiap kaki pancing sebagai bayaran pendaftaran. Kaki pancing yang ingin mencuba nasib dikolam ini, boleh menghubungi talian 06-7582801 untuk mendapat maklumat lanjut termasuk lokasi kolam dan maklumat lain sebelum melabuhkan joran disitu.

09 Ogos 2008

Virgin River menggamit kaki pancing


RAMAI yang mengetahui bahawa Tanjung Malim terkenal kerana kehebatannya memiliki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Proton City tetapi barangkali tidak menyedari ditengah-tengah kemegahan kedua-dua pusat itu terdapat sebuah kolam memancing ikan air tawar yang agak popular dikalangan masyarakat tempatan.

Terletak tiga kilometer dari kawasan industri Proton City, Kolam Pancing Kampung Sungai Dara atau nama komersialnya “Virgin River” memiliki keistimewaan sendiri kerana lokasinya yang cukup aman damai dengan persekitaran diselimuti tumbuhan hijau. Menurut tuan empunya kolam, Saudara Munir Baharom sewaktu dihubungi berkata, waktu operasi kolam bermula dari jam 2.30 petang hingga 6.30 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala Sabtu,Ahad dan Cuti Umum ia dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang.
“Jika terdapat permintaan, kolam ini juga dibuka pada waktu malam dengan syarat bilangan pemancing harus melebihi 15 orang. Pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan, swasta atau persendirian yang berminat untuk mengadakan pertandingan di kolam ini dengan bayaran berpatutan. Sepertimana kolam-kolam lain tambahnya, kolam ini mengenakan bayaran agak berpatutan iaitu sebanyak RM25.00 bagi 3 jam pertama diikuti bayaran tambahan RM6.00 setiap jam berikutnya. Antara sepsis ikan di kolam ini ialah rohu, tongsan, patin, pacu, tilapia merah dan lampam. Kepada kaki pancing yang ingin memperolehi maklumat lanjut mengenai kolam ini, sila hubungi 013-3309693.

06 Ogos 2008

RM7,000 jadi rebutan juara Danau Damai


KOLAM Danau Pancing Damai akan menganjurkan pertandingan yang dikenali 'Juara Pancing Danau' bersempena ambang kemerdekaan ke-51 pada 24 Ogos depan. Pengusaha kolam, Adi berkata, mana-mana peserta yang ingin mengambil bahagian boleh membuat pembayaran daftar masuk sebanyak RM50.00/satu joran sebelum masa pertandingan bermula. Kata Adi lagi, pertandingan dijangka bermula dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dengan menwarkan hadiah cukup lumayan seperti berikut:
Hadiah Utama
Pertama: RM7,000.00
Kedua: RM3,000.00
Ketiga: RM1,500.00
Keempat: RM700.00
Kelima: RM300.00
Keenam: RM200.00
Ketujuh: RM150.00
Kelapan: RM100.00
Kesembilan: RM90.00
Kesepuluh: RM80.00
Ke11-15: RM70.00
Ke16-20: RM60.00
Ke-21-25: RM50.00
Ke26-30: Hamper

Hadiah Khas Tongsan & Keli

Pertama: RM600.00

Kedua: RM300.00

Ketiga: RM100.00

Para pemancing boleh menghubungi Adi untuk keterangan lanjut di talian 014-2359424.

03 Ogos 2008

Jaafar pertahan juara bulanan Ruskijang Park

PERTANDINGAN Jackpot Bulanan Kolam Pancing Ruskijang Park Kemensah, Ulu Klang bagi Julai telah berlangsung mulai jam 6.30 petang tadi dimana saudara Jaafar terus mempertahankan kedudukannya sebagai juara sepertimana yang diraih pada bulan sebelumnya. Ia diikuti tempat naib juara dimenangi saudara Rostam dan saudara Amin menduduki tempat ketiga. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250.00 dan RM150.00. Bagaimanapun, tiada pemenang bagi kategori khas rohu/jelawat dan kap rumput.

KEPUTUSAN PENUH
Juara (RM500.00)
JAAFAR - Tongsan: berat 2.545 kg
Naib Juara (RM250.00)
ROSTAM OMAR - Lekoh: berat 2.365kg
Tempat Ke-3 (RM150.00)
AMIN - Lekoh:berat 1.650kg
Tempat Ke-4 (RM100.00)
M.SHARIL - Keli: berat 1.000kg
Tempat Ke-5 (RM70.00)
NIK S - Patin: berat 0.955kg
Tempat Ke-6 (RM50.00)
MIMIE - Lekoh: berat 0.890kg
Tempat Ke-7 (RM30.00)
ZAINI - Patin: berat 0.850kg
Tempat Ke-8 (RM30.00)
RASHID - Talapia Merah: berat 0.705kg
Tempat ke-9 (RM30.00)
AMIRUL - Talapia Merah: berat 0.705kg

KATEGORI ROHU/JELAWAT/KAP RUMPUT
Tiada Pemenang

Penyertaan peserta: 80 orang

30 Julai 2008

Melayan ikan di Kolam Laguna Kelana Jaya








ANDAI mahu merasai kenikmatan menarik ikan serta bayaran daftar masuk berpatutan, tidak syak lagi Laguna boleh dianggap sebagai salah satu kolam ikan air tawar yang menjadi pilihan di kalangan warga kota di sekitar Lembah Klang. Terletak berhadapan dengan pusat membeli belah The Giant dan membelakangi stesen minyak Shell Kelana Jaya, Laguna sememangnya diakui cukup digemari kaki pancing yang saban hari tidak akan melepaskan peluang untuk memancing jika ada masa terluang.

Penulis yang berkesempatan turun ke port tersebut awalnya tidak mengharapkan apa-apa ketika memancing. Cuma sekadar untuk menenangkan jiwa bersama-sama kawan-kawan. Bagaimanapun, selepas setengah jam berlalu, tarikan ikan pacu secara tiba-tiba menyentap umpan dedak yang dibuat oleh rakan penulis yang sekali menambah semangat penulis untuk memberi lebih tumpuan menaikkan lebih banyak ikan. Hasilnya, 4 ekor ikan berlainan jenis berjaya dipancing selepas memancing selama tiga jam. Bagi penulis, soal besar atau kecil tidak menjadi persoalan.Apa yang lebih penting, feel menarikkan melebihi segala-galanya. Boleh dikatakan kolam Laguna seolah-olah sinonim dengan penulis biarpun baru pertama kali turun ke situ. Dengan berbekalkan bayaran cuma RM10.00 sahaja sekali masuk sudah cukup menceritakan betapa kolam tersebut memiliki keistimewaan tersendiri.

14 Julai 2008

Cabaran Memancing Jambatan Pulau Bunting 9 Ogos

PKWR Parlimen Jerai dan PKWR DUN Sungai Limau dengan kerjasama Pejabat Daerah Yan akan menganjurkan Cabaran Memancing Jambatan Pulau Bunting 2008 pada 9 Ogos depan.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, jambatan Pulau Bunting dipilih sebagai lokasi pertandingan kerana tempatnya yang popular di kalangan kaki pancing sebagai lubuk pelbagai spesis ikan laut kegemaran ramai seperti sembilang, senangin, kerapu, pari dan lain-lain. Beliau berkata, cabaran memancing ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000.00 kepada 30 pemancing yang menaikkan ikan terberat mengikut kiraan mata.
  • Juara: wang tunai RM10,000.00
  • Tempat Ke-2: wang tunai RM5,000.00
  • Tempat Ke-3: wang tunai RM2,500.00
  • Tempat Ke-4: wang tunai RM1,000.00
  • Tempat Ke-5: wang tunai RM500.00
  • Tempat Ke-6 hingga 30: hamper

Pihaknya juga menyediakan sebuah motosikal Modenas Kriss 110E dan 50 hadiah lain kepada pemancing yang bertuah pada cabaran kali ini. Kata beliau, objektif utama penganjuran adalah untuk mempromosikan Daerah Yan sebagai destinasi pelancongan dan destinasi memancing kepada kaki pancing dari dalam dan luar Kedah,’ ujarnya. “Kita berharap cabaran memancing ini akan menarik penyertaan ramai kaki pancing dari utara tanahair dan sekaligus merealisasikan objektif utama penganjuran.” katanya. Majlis perasmian cabaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak pada jam 9.00 pagi hari berkenaan di Jambatan Pulau Bunting, Yan, Kedah.

Menyentuh yuran penyertaan, Firdaus menambah, setiap pemancing hanya dikenakan RM30.00 untuk 1 joran dan RM50.00 untuk 2 joran. 500 penyertaan terawal akan menerima sehelai t-shirt sebagai cenderahati dari penganjur. Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi PKWR Parlimen Jerai (04-4619635), Sdr. Suhail (013-5033636) dan Sdr. Azim (013-4722707).

06 Julai 2008

Keputusan Jackpot Kolam Ruskijang Park Jun

KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT BULANAN BAGI BULAN JUN 2008
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK
TARIKH: 5 JULAI 2008

Juara (RM500.00)
JAAFAR - Tongsan: berat 3.175 kg
Naib Juara (RM250.00)
SULAIMAN - Patin: berat 2.055kg
Tempat Ke-3 (RM150.00)
HAKIM - Patin:berat 1.100kg
Tempat Ke-4 (RM100.00)
ZULKIFLI - Patin: berat 1.035kg
Tempat Ke-5 (RM70.00)
NIK S - Patin: berat 0.965kg
Tempat Ke-6 (RM50.00)
SHAHRIN - Patin: berat 0.960kg
Tempat Ke-7 (RM30.00)
HASSAN - Patin: berat 0.860kg
Tempat Ke-8 (RM30.00)
HASNAN - Patin: berat 0.845kg
Tempat ke-9 (RM30.00)
SULAIMAN - Patin: berat 0.840kg

KATEGORI ROHU/JELAWAT/KAP RUMPUT
Tiada Pemenang

Jumlah penyertaan peserta: 67 orang

05 Julai 2008

Kolam Dinamik: Tawar jackpot ikan terpantas




BILA menyebut Kulim tentu ramai yang terbayang akan kehebatan Hi-Tech Parknya selain kawasan itu pernah diwakili bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Namun disebalik kehebatan semua itu, bandar yang bersempadan dengan Bukit Mertajam dan Simpang Ampat ini turut memiliki keistimewaan dikalangan kaki pancing terutama mereka gemar memancing di kolam air tawar. Terletak di Batu Puteh, Sungai Karangan, lebih kurang 7km dari Hi-Tech Park Kulim dan memakan masa 10 minit perjalanan, Kolam Pancing Dinamik yang dimiliki Encik Rahim atau lebih dikenali Pak Chin merupakan salah satu kolam pancing yang agak popular disini dan kawasan sekitarnya.

Waktu Operasi Kolam Pancing Dinamik ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam (hari Isnin-Sabtu) dan Ahad (dari 10 pagi hingga jam 1.00 pagi keesokannya). Kolam Dinamik yang telah beroperasi sejak lapan bulan lalu boleh dianggap menarik perhatian ramai kaki pancing bukan saja tertarik dengan kepuasan menarik ikan yang mengena umpan dan menghirup udara segar kampung tetapi lebih terarah kepada usaha Pak Chin yang menyediakan konsep pertandingan jackpot utama yang berbeza dari kolam pancing lain. Sesiapa yang berjaya menaikkan ikan terpantas seberat 6kg dari hari isnin – sabtu akan diistiyarkan sebagai pemenang dan jumlah hadiah itu akan meningkat andai tiada seorang pun mendapat kuantiti berat dimaksudkan. Hakikatnya sesiapa sahaja yang datang ke Kolam Pancing Dinamik tidak akan pulang hampa membawa hasil yang cukup lumayan baik patin, rohu, keli dan sebagainya.

03 Julai 2008

Kolam SP3 mempersonakan kaki pancing




SIAPA sangka ditengah-tengah deretan bangunan kedai dan kawasan perumahan berstatus kelas tinggi, terdapat sebuah kolam memancing ikan air tawar dan memancing udang di situ.

Dengan keluasan melebihi sebuah padang bolasepak, Kolam Memancing SP3 yang terletak di Sri Petaling sememangnya menjadi lokasi pilihan para pemancing disekitar Lembah Klang yang bukan sahaja teruja dengan cara tarikan ikannya yang kerap menggugat hati mereka tetapi berasa nyaman memancing khususnya pada waktu malam hari. Di setiap sudut kolam, anda akan pasti terasa selamat dan tidak gusar kerana persekitarannya dipenuhi pancaran lampu kalimantang dan kemudahan tempat duduk memancing berbumbung berkonkrit yang memuaskan. Tiada masalah buat mereka untuk menarik ikan atau menghayun joran mereka dengan pelbagai aksi ke tengah-tengah kolam kerana kedudukannya yang agak tinggi.

Penulis yang kesempatan meninjau secara dekat kolam berkenaan bersama rakan-rakan malam tadi juga tertarik dengan usaha tuan empunya yang mengadakan pertandingan jackpot mingguan memancing ikan bermula dari 29 Jun hingga 6 Julai 2008 dengan tawaran hadiah cukup mempersonakan.

Hadiah-hadiah kepada pemenang adalah seperti berikut:

  • Pertama: RM500.00
  • Kedua: RM300.00
  • Ketiga: RM150.00
  • Keempat: RM100.00
  • Kelima & Keenam: Kad percuma memancing selama 4 jam

Kepada mereka yang mahu memancing, persediaan amat mudah. Kebanyakannya yang memancing menggunakan umpan dedak sepertimana kolam-kolam memancing lain. Yang menariknya disini mata kail rambai menjadi pilihan kaki pancing. Bagi mereka yang pertama kali mahu mengunjungi kolam ini, lokasinya mudah dicari iaitu anda perlu menyusuri lebuhraya Kesas. Sebaik sahaja anda menemui papan tanda Sri Petaling dan Kompleks Sukan Bukit Jalil dari arah Cheras/Kuala Lumpur, anda perlu membelok kearah kanan. Tidak sampai 200 meter, anda akan menemui stesen minyak BHP, sila belok ke kiri dan anda akan melalui kawasan perumahan kondominium. Kemudian anda akan menemui simpang tiga dan sila belok ke kanan. Dari simpang itu, jarak lokasi kolam tidak jauh lagi cuma 50 meter di sebelah kiri jalan.

29 Jun 2008

RM500 ditawar juara Jackpot Bulanan Ruskijang Park

HADIAH wang tunai sebanyak RM500.oo ditawarkan kepada juara bagi pertandingan Jackpot Bulanan Ruskijang Fishing Park yang juga dikenali Jiwa Kacau Fishing Park pada 5 Julai depan. Empunya kolam tersebut, Hamzah Idrus berkata, pertandingan seumpama ini diadakan setiap bulan akan mengenakan bayaran penyertaan RM33.00 sahaja setiap joran. "Dengan bayaran berpatutan, para pemancing yang akan bertanding diharap lebih ceria untuk bersaing memancing dan memperolehi ikan terberat yang terdapat di kolam ini.

Selain hadiah kepada juara dan sembilan lagi pemenang yang berjaya menduduki ranking dalam carta jackpot kata Hamzah, pihaknya juga menyediakan hadiah khas untuk kategori rohu beserta jelawat dan kap rumput disamping cabutan bertuah kepada pemancing yang menyertai pertandingan itu.Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini sila hubungi Hamzah ditalian 013-3603738 atau Anoy 013-2243063.

23 Jun 2008

Siakap paling menarik di Kolam Wong

ANDA pernah mendengar nama Kolam Pancing Wong? Jika belum pernah mungkin anda boleh mencari pengalaman baru memancing di kolam ini yang terbahagi kepada dua jenis kolam iaitu air tawar dan air masin.

Perjalanan ke kolam ini hanya mengambil masa setengah jam sahaja menerusi lebuhraya Guthrie dari arah Shah Alam. Untuk kemudahan penanda arah, sebaik sahaja melepasi tol Rawang, anda boleh belok ke kiri. Sebaik sahaja ternampak stesen minyak Petronas yang terletak disebelah kiri jalan, anda perhatikan arah kanannya. Anda akan temui papan tanda menuju ke kolam ini. Dikalangan para pemancing regular disini, mereka menggunakan teknik casting dengan berumpankan anak udang. Ada juga yang menggunakan dedak atau cacing jika memancing di kolam air tawar. Malah minyak ikan linang pun ada yang menggunakan sebagai menambah power umpan.

Disini turut terdapat pertandingan jackpot yang disediakan oleh tuan empunya kolam dengan bayaran berpatutan. Jika tidak silap RM38.00 + RM2.00 selama 5 jam. Paling menarik disini ialah tarikan ikan siakap yang pasti meninggalkan kenangan paling sukar dilupakan oleh anda.

Selamat mencuba!

09 Jun 2008

Herman Tino, Haiza meriahkan GP Joran

Oleh: Joran Berita Harian

TAPAK karnival GP Joran 2008 di Pantai Sungai Lang di sini, akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Herman Tino dan Haiza, malam esok. Kehadiran dua penyanyi itu pasti akan menyemarakkan tapak karnival yang turut mengisi kaunter penaja untuk membuat jualan serta promosi produk masing-masing. Herman Tino adalah penyanyi anak kelahiran Selangor yang popular dengan pelbagai lagu rentak dangdut dan pop. Beliau pernah tampil ketika Karnival GP Joran 2007 di Pantai Baru Kelanang, Kuala Langat, tahun lalu.

Sementara itu, sesiapa yang berminat menyertai pertandingan karaoke boleh mendaftar di kaunter urus setia seawal jam 2 petang esok. Pertandingan pula bermula jam 3 hingga 6 petang. Seramai lapan peserta akan dipilih ke peringkat akhir pada jam 8 malam. Hadiah juara RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100. Semua finalis akan menerima hadiah hamper tajaan Nescafe Classic.

Selepas pertandingan karaoke, Herman Tino dan Haiza akan muncul menemui pengunjung kira-kira jam 9.30 malam. Pelbagai acara sukaneka akan diadakan sepanjang dua hari karnival. Jam 9 pagi esok, kaki pancing yang mahu menyertai Kategori Pantai boleh mendaftar. Kaunter ditutup jam 10 malam dan disambung semula jam 5 pagi Ahad. Yuran RM80 untuk satu joran dan juara bergaya menerima RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000. Hadiah wang tunai sehingga tempat ke-30 manakala 10 lagi pemenang mendapat hamper. Antara acara menarik di Pantai Sungai Lang ialah demonstrasi menunggang motosikal scrambler dan permainan wau kapal.

Zoo Negara anjur mancing toman

ZOO Negara Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan satu pertandingan memancing toman pada 29 Jun depan.

Dalam kenyataannya, Zoo Negara akan menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM3,500.00 tidak termasuk hamper dan hadiah misteri kepada para pemenang dimana penyertaan pada kali ini terhad kepada 250 peserta sahaja.

Masa pertandingan akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang dan para peserta hendaklah datang seawal jam 7.00 pagi di pintu masuk Zoo Negara untuk urusan pendaftaran dengan membayar sebanyak RM70.00 bagi satu joran.

HADIAH PERTANDINGAN
JUARA : Wang tunai RM2,000.00 + hamper & hadiah misteri
NAIB JUARA: Wang tunai RM1,000.00 + hamper & hadiah misteri
KETIGA: Wang tunai RM500.00 + hamper & hadiah misteri
CABUTAN BERTUAH (Dari tempat ke-4 hingga ke-10): hadiah misteri

Pertandingan memancing di UPM

Tarikh :15 Jun 2008
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Kolam UPM, Serdang
Daftar Penyertaan: RM90.00/1 joran
Pertanyaan: 012-2372742, 012-3838655, 019-2282248

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...