
23 November 2008
Lekoh seberat 2.3kg bawa Bob pertahan juara mingguan

16 November 2008
Kemenangan ini penamat 'mangkau' - Bob

Berikutan kejayaan menjuarai jackpot minggu ini, Bob berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 selepas mendaratkan ikan tongsan seberat 2.220 kg sekaligus mengenepikan cabaran 58 peserta yang mengambil bahagian. Tempat kedua dimenangi Shahrin, seorang anggota kerajaan dari Ampang yang menaikkan ikan tongsan seberat 2.050 kg manakala tempat ketiga diraih Hafiq yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM130 menerusi tangkapan ikan patin yang beratnya sama dengan Shahrin. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Hamzah Idrus, pengusaha kolam selepas pertandingan berakhir.
02 November 2008
Patin angkat Amirul juara termuda Jackpot


Amirul, juara termuda memenangi jackpot bulanan di kolam ini kelihatan ceria dan berkongsi kegembiraan bersama ayah dan datuk tersayang ketika menerima hadiah kemenangan selepas sekian lama tidak merasai kedudukan terbaik ketika menyertai sebarang pertandingan sebelumnya. Berikutan kejayaan ini, Amirul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 yang disampaikan pengusaha kolam, Hamzah Idrus. Tempat kedua pula menjadi milik Baktiar sementara Salam mengungguli tempat ketiga. Baktiar dan Salam masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM250.
Bagi Hamzah, penyertaan dikalangan pemancing pada kali ini agak tinggi berbanding pertandingan jackpot beberapa bulan sebelumnya. “Sebenarnya saya agak terkejut juga jumlah peserta yang menyertai jackpot bulan ini memandangkan pada waktu pendaftaran jam 6.30 petang kehadiran mereka cuma sekitar 30 orang sahaja. Namun ia meningkat sedikit demi sedikit sehingga memenuhi setiap sudut kolam. “Apa pun, ini adalah satu perkembangan baik dan kami ingin ucapkan terima kasih atas komitmen diberikan setiap pemancing yang datang bertanding. Di pihak kami sebagai penganjur, ia akan menambahkan lagi semangat kami untuk menjadikan pertandingan jackpot di kolam kami antara terbaik di Lembah Klang.
KEPUTUSAN PENUH
JACKPOT BULANAN (1 NOVEMBER 2008)
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK
Juara (RM1,000.00)
AMIRUL - Patin: berat 1.860 kg
Naib Juara (RM500.00)
BAKTIAR - Pacu: berat 1.800kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
SALAM - Pacu:berat 1.430kg
Tempat Ke-4
AKMAL - Lekoh: berat 1.335kg
Tempat Ke-5
HAIKAL- Pacu: berat 1.275kg
Tempat Ke-6
M.ROSLI - Rohu: berat 1.235kg
Tempat Ke-7
APAI - Rohu: berat 1.120kg
Tempat Ke-8
YUSOF K - Patin: berat 1.105kg
Penyertaan peserta: 71 orang