02 Mei 2009

3 pemancing tetap ungguli pertandingan memancing hari pekerja Ruskijang Park

Kadri tetap berpuas hati menduduki tempat kedua selepas berjaya menaikkan ikan keli dan dipintas pada saat-saat akhir.Kelihatan begitu ramai kaki pancing sekitar Lembah Klang mengambil bahagian sambil menerima sokongan rakan masing-masing.

Sebahagian peserta bersiap sedia dengan keperluan selengkapnya sebelum bermulanya detik pertandingan.

RANGKAIAN pemancing tetap yang terdiri daripada Ady Shah Putra, Kadri dan Asanuddin mempamerkan skil sebenar apabila rentapan bersahaja mereka berjaya mengungguli tiga tempat teratas dalam Pertandingan Memancing sempena Hari Pekerja Kolam Pancing Ruskijang Park yang terletak di belakang Zoo Negara malam tadi.

Meskipun mengakui cabaran diterima agak sengit, ketiga-tiga kaki pancing itu nyata tidak langsung tergugat dengan cabaran 72 peserta lain yang sebahagian besarnya merupakan pemancing berpengalaman.

Dengan kejayaan itu, Ady Shah Putra mendaratkan ikan tongsan seberat 4.370kg berjaya mengenggam hadiah wang tunai RM1,200 manakala Kadri RM500 (keli; 3.785kg) dan Asanuddin RM250.00 (patin; 2.545kg)

KEPUTUSAN PENUH
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM1,200.00)
ADY SHAH PUTRA - Tongsan: berat 4.370 kg
Naib Juara (RM500.00)
KADRI
-Keli: berat 3.785 kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
ASANUDDIN - Patin: berat 2.545 kg
Tempat Ke-4 (RM130.00)
HALILI - : Tongsan: berat 2.360 kg
Tempat Ke-5 (RM80.00)
JAAFAR - Lekoh: berat 2.325 kg
Tempat Ke-6 (RM50.00)
JOY - Lekoh: berat 2.220 kg
Tempat Ke-7 (RM50.00)
ZAMBERI - Lekoh: berat 1.320 kg
Tempat Ke-8 (RM50.00)
ADY CEPOI - Lekoh: berat 1.245 kg
Tempat Ke-9 (RM50.00)
AWANG - Lekoh: berat 1.220 kg
Tempat Ke-10 (RM30.00)
SAID - Lekoh: berat 1.035 kg

Penyertaan peserta: 75 orang