21 Mac 2010

Keli seberat 4.4kg muncul juara Memancing 1Malaysia

Lebih 200 kaki pancing memenuhi Taman Tasik Sri Rampai.

Sebahagian kaki pancing tekun menanti umpan yang dibaling diragut ikan.
Kelihatan sekelompok pemancing berada dikawasan pulau yang terdapat di Tasik Sri Rampai.

Lebih 200 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing 1Malaysia di Taman Tasik Sri Rampai, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ini merupakan salah satu siri kalendar aktiviti anjuran Umno Bahagian Setiawangsa yang diterajui oleh YB Dato' Zulhasnan Rafique dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Seorang kaki pancing yang berjaya mendaratkan spesis keli seberat 4.4kg telah diumumkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.00. Pertandingan ini bermula dari awal pagi lagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Selain pertandingan memancing, terdapat beberapa pertandingan lain yang turut menerima sambutan orang ramai termasuk pertandingan mewarna dikalangan kanak-kanak.

Setia menanti...kelihatan sebahagian kaki pancing sedang menunggu umpan ditarik selepas membaling ke arah tasik.

Seorang pemancing muda sedang memasukkan umpan kedalam mata kail sebelum membaling ke arah tasik.