16 Februari 2012

Lokasi Karnival Pancing Titiwangsa bertukar ke Tasik Permaisuri

Pertandingan memancing sempena Karnival Pancing Sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat Kuala Lumpur anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini yang sepatutnya berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa akan bertukar ke Tasik Bandar Permaisuri.

Bagaimanapun, tarikh dan masa pertandingan tersebut adalah kekal pada 26 Februari 2012; mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak penganjur dalam satu kenyataan pagi ini.

Borang penyertaan pertandingan ini, sila klik banner dibawah: