Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.
30 Disember 2013
28 Disember 2013
Cabaran Memancing bergema di malam Tahun Baru 2014; Jom serang Seri Bayu Tekala
HANYA tinggal dua hari sahaja lagi, Cabaran Memancing Tahun Baru 2014 akan bergema di Kolam Pancing Seri Bayu, Hulu Semenyih, Kajang, Selangor.
Cabaran yang bakal disertai lebih ribuan kaki pancing itu akan bermula dari jam 10.00 malam; 31 Disember 2013 dan berakhir jam 2.00 pagi; 1 Januari 2014.
Ayuh....kaki pancing semua! jom rebut peluang keemasan hadiah menarik yang ditawarkan termasuk hadiah juara bernilai RM20,000 selain memenangi hadiah khas spesis dan cabutan bertuah.
Keterangan lanjut hubungi KAUNTER (012-4212092) EN AMIN (012-9328764) EN AZIZ (012-2782243)
27 Disember 2013
Acara melepas ikan sempena Jelajah Joran 2 KL di Taman Tasik Ampang Hilir
MENJELANG pertandingan memancing Jelajah Joran 2 KL yang bakal berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir pada 1 Januari 2014, pihak penganjur secara simbolik telah mengadakan acara melepas ikan pelbagai spesis ke dalam tasik itu termasuk patin dan tongsan pada petang tadi.
Bagi kaki pancing sekitar Lembah Klang khasnya jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mempamerkan skil dan mendaratkan ikan pada pertandingan tersebut yang hadir pada tahun baru 2014. Bagi kemudahan kaki pancing, waktu pendaftaran akan bermula jam 3 petang pada Selasa bersamaan 31 Disember 2013.
Keterangan lanjut, boleh hubungi NOORDIN (019-3841009), IDRIS (013-3052811), SYUKUR (013-2667011), WAZIR (017-3727420), ALEY (012-2846811) atau datang sendiri untuk mendaftar di khemah urusetia yang terdapat di tasik tersebut.
26 Disember 2013
24 Disember 2013
23 Disember 2013
19 Disember 2013
Jelajah Joran 2 KL pada 1 Januari 2014 berpindah ke lokasi baru
LOKASI Jelajah Joran 2 Kuala Lumpur yang sepatutnya akan berlangsung pada 1 Januari 2014 di Taman Tasik Botani Perdana akan dipindahkan ke lokasi baru iaitu Taman Tasik Ampang Hilir.
"Satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Pengarah DBKL bagi membincangkan lokasi Taman Tasik Botani Perdana yang dicadangkan pada 1 Januari 2014 telah bersetuju untuk mengubah lokasinya ke Taman Tasik Ampang Hilir.
"Perubahan lokasi dibuat berikutan Tasik Botani Perdana sedang dalam perbincangan untuk menaik taraf tasik berkenaan demi keselesaan dan keselamatan para pengunjung, Justeru itu, jumpa kami di Taman Tasik Ampang Hilir pada 1 Januari ini" kata Rosli Yahya, salah seorang tenaga penganjur dalam kenyataannya kepada Joran Pancing hari ini.
14 Disember 2013
12 Disember 2013
10 Disember 2013
07 Disember 2013
05 Disember 2013
24 November 2013
23 November 2013
22 November 2013
20 November 2013
14 November 2013
Mior Kilauan Emas bersantai sambil mancing di Tasik Kenyir
SIAPA sangka dalam tuntutan profesion sebagai artis, Juara Kilauan Emas, Mior yang lebih sinonim dengan tag line " Rock Brader" tidak kurang hebatnya dalam memenuhi hobi masa lapangnya, memancing.
Jika Black Mentor kerap menjelajah dari kolam ke kolam, Mior pula teruja memancing di kawasan tasik apabila berpeluang bersantai sambil memancing di houseboat Tasik Kenyir baru-baru ini.
Malah, Mior sendiri turut bersetuju untuk mengadakan aktiviti memancing dan bersantai bersama peminat pada 18 - 20 Januari ini. Sesiapa yang berminat, boleh berhubung terus dengan Pyan (012-2770360), Rizal (012-2226906). Sekalung penghargaan buat Adznul Ibrahim Anol.