26 Mei 2014

Jom Pancing KL di Tasik Ampang Hilir ditunda ke 7 Jun ini


PERTANDINGAN memancing Jom Pancing Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir pada 1 Jun 2014 (Ahad) ini ditunda ke 7 Jun 2014 (Sabtu).

"Atas dasar menghormati rakan-rakan dalam industri ini, pihak kami terpaksa ke satu tarikh baru  iaitu 7 Jun ini. Lokasinya tetap sama dan pendaftaran akan bermula Jumaat kelak.

"Pihak kami memohon maaf atas perubahan ini dan amat berharap sokongan daripada kaki pancing dapat dikekalkan," demikian ujar jurucakap penganjur, Rosli Yahya kepada Joran Pancing hari ini.