20 Disember 2014

Pertandingan Memancing 2015: Kuanter daftar awal dibuka bermula 25 Disember ini


DEBARAN Pertandingan Memancing 2015 kian terasa. Menjelang pertandingan yang bakal menjelma,  pihak penganjur, Kolam Pancing Lagenda akan membuka kaunter  berhampiran dewan dan taman permainan Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur  untuk pendaftaran awal (walk in) kepada kaki pancing bermula 25 Disember ini dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Sebagai memeriahkan lagi suasana, kira-kira 500 helai baju secara percuma disediakan bagi mereka yang melakuan pendaftaran awal ini.

Sebarang masalah atau info lanjut mengenai pertandingan ini, boleh hubungi Puan Hasliza AR Kamaludin di talian 016-2375821.