Salam dan hello kengkawan semua. Jom kita sihatkan tubuh badan kita dengan menyertai Selangor Plus 5KM Run pagi esok. Bila badan dah terasa segar...baru sedap memancing.
31 Januari 2015
17 Januari 2015
Siapa juara Buka Tirai Seri Bayu Tekala akan terjawab esok
#game #fishing #kolamseribayutekala #semenyih #joranpancing
Siapakah juara dan membawa pulang hadiah juara RM42,000 Cabaran Memancing Buka Tirai 2015 Kolam Seri Bayu Tekala hanya akan terjawab esok. Jom pakat ramai-ramai serbu dan tidak lepaskan peluang ini sebelum kerugian. Kata orang, untung sabut, timbul...ayuh kengkawan.
Tak lupa juga kengkawan boleh mencuba nasib dan anggap medan pemanas dalan Cabaran Jackpot Terkumpul target Pacu seberat 9kg keatas malam ini di kolam sama sebelum bertempur dalam buka tirai 2015 keesokkan paginya.
Siapakah juara dan membawa pulang hadiah juara RM42,000 Cabaran Memancing Buka Tirai 2015 Kolam Seri Bayu Tekala hanya akan terjawab esok. Jom pakat ramai-ramai serbu dan tidak lepaskan peluang ini sebelum kerugian. Kata orang, untung sabut, timbul...ayuh kengkawan.
Tak lupa juga kengkawan boleh mencuba nasib dan anggap medan pemanas dalan Cabaran Jackpot Terkumpul target Pacu seberat 9kg keatas malam ini di kolam sama sebelum bertempur dalam buka tirai 2015 keesokkan paginya.
16 Januari 2015
Jom serang Taman Tasik Permaisuri pagi esok!!
Jom serang Taman Tasik Permaisuri pagi esok. Jelajah Pancing KL menanti anda dengan yuran cuma RM20 sahaja. Paling best, boleh daftar awal mulai jam 3.00 petang ini dan dapatkan sticker boleh terus pancang dan tidak dibenar rentang dengan tali.
Pada masa yang sama, para peserta yang mrngambil bahagian dipohon memberi kerjasama tidak meletakkan motosikal di kawasan tasik ini. Kerjasama anda amatlah dihargai.
15 Januari 2015
Pelepasan ikan simbolik Jelajah Pancing KL
Bersempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur pada Sabtu ini, satu majlis pelepasan ikan secara simbolik telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tuan Idzawi Raja Ismail bersama para penaja di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak sebentar tadi.
Sumber: Facebook Jorankl
Tinggal 3 hari lagi, kaki pancing berentap rebut RM42,000
Cabaran Memancing Kolam Seri Bayu Tekala hanya tinggal tiga hari sahaja lagi bakal berlangsung dimana akan menyaksikan ramai kaki pancing berentap merebut RM42,000.00 sebagai juara. Seperti biasa, yuran cuma RM100/sejoran.
14 Januari 2015
08 Januari 2015
Selangor Plus Fun Run diawalkan pada 1 Februari 2015
"Ingin dimaklumkan bahawa Selangor Plus Fun Run yang sepatutnya berlangsung pada 8 Februari ini akan diawalkan kepada 1 Februari 2015.
"Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Temasya Selangor 15 yang dipengerusikan Setiausaha Politik (Tugas-Tugas Khas) merangkap Sulit Menteri Besar Selangor, Encik Hilman Idham pada Januari 2015 yang memutuskan semua program Temasya Selangor 15 perlu diadakan pada 29 Januari hingga 1 Februari 2015," ujar jurucakap penganjur Selangor Plus Fun Run, Encik Rosli Yahya kepada Joran Pancing.
Namun begitu kata beliau, pihak penganjur turut bersetuju untuk menaikkan jumlah medal dan sijil penyertaan kepada 2,000 manakala T'Shirt kekal sebanyak 1,500 helai.
"Kesulitan ini amat-amat dkesali dan jutaan terima kasih diatas sokongan semua terhadap program ini.
03 Januari 2015
Sooparjo bawa pulang hadiah RM70,000 selaku juara
Saudara Sooparjo dari Hulu Klang muncul juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000 pada Pertandingan Memancing 2015 yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir baru-baru ini.
Mengikuti rapat ditempat kedua dan ketiga ialah Arab dan Joran.
Berikut Keputusan penuh tempat pertama hingga ketiga:
Johan: Sooparjo. Berat ikan 24.510 (Patin)
Kedua: Arab. Berat ikan 16.680 (Patin)
Ketiga: Joran. Berat ikan 12.860 (Patin)
Kredit gambar: UK'S Records Entertaiment.
Salam Maulidur Rasul buat warga pancing beragama Islam
Joran Pancing ingin merakamkan Salam Maulidur Rasul dan berselawatlah kita keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. buat semua warga pancing beragana Islam.
01 Januari 2015
Sambutan hangat kaki pancing di Pertandingan Memancing 2015
Kemeriahan suasana dan pemandangan pagi Pertandingan Memancing 2015 dengan sambutan hangat diterima daripada kaki pancing di Taman Tasik Ampang Hilir.