27 Mei 2015
Jom daftar awal Karnival Memancing Rantau Eco Park dan berpeluang terima cabutan bertuah
Jom ramai-ramai sertai Karnival Memancing Rantau Eco Park. Pendaftaran telah dibuka! Jangan tunggu lagi kerana kaki pancing yang mendaftar awal berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah dan t'shirt percuma yang disediakan. Serbu....serbu!
24 Mei 2015
Wajah para pemenang Memancing bersama Jejak Suci di A.M.B.S. Dungun pada kelmarin
Inilah wajah para pemenang yang berjaya mendominasi kedudukan juara hingga tempat ketiga.
Duduk dari kiri ialah pemenang tempat ke-3 diikuti juara (tengah) siap memegang hadiah wang tunai dimenanginya bernilai RM22,222 dan akhir sekali yang berbaju kuning adalah pemenang tempat ke-2.
Sempena Memancing bersama Jejak Suci: Jom daftar awal di A.M.B.S. Dungun petang ini
Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci akan berlangsung pada 22 Mei ini. Untuk kemudahan kaki pancing, pihak Jejak Suci telah menetapkan mulai jam 5.30 petang ini (Khamis) untuk urusan pendaftaran awal dengan yuran cuma RM65/joran dan berpeluang memiliki t'shirt percuma disediakan. Ayuh....jom serbu Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun.
14 Mei 2015
03 Mei 2015
Pelepasan ikan simbolik Pertandingan Memancing Rantau Eco Park
PENGURUSAN Rantau Eco Park baru-baru ini telah melakukan kerja-kerja pelepasan ikan sebagai simbolik dalam penganjuran pertandingan memancing terbesar di resort itu yang akan berlangsung 30 Ogos depan.
Sehingga ke hari ini, sebanyak tiga kali pelepasan telah dibuat melibatkan spesis air tawar termasuk rohu, lekoh, keli, baung dan talapia
RANTAU Eco Park terletak di Kampung Pasir, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.
A
Sehingga ke hari ini, sebanyak tiga kali pelepasan telah dibuat melibatkan spesis air tawar termasuk rohu, lekoh, keli, baung dan talapia
RANTAU Eco Park terletak di Kampung Pasir, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.