28 September 2015
Jom daftar awal Jelajah Pancing KL Jumaat ini
5 hari sahaja lagi...Jelajah Pancing Kuala Lumpur bakal bergema di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, KL. AYUH...otai-otai dan kengkawan kaki pancing jom kita daftar lebih awal pada 3 petang; Jumaat bersamaan 2 Oktober ini di khemah urusetia Taman Tasik Permaisuri. Yuran cuma RM25/ satu joran dua
22 September 2015
16 September 2015
15 September 2015
13 September 2015
Ahmad Faizal genggam RM23,000 muncul juara Memancing bersama Jejak Suci
![]() |
Ahmad Faizal (duduk tengah) mengenggam wang tunai berjumlah RM23,000 sambil diapit pemenang tempat kedua (berbaju oren) dan pemenang ketiga (baju biru). |
![]() |
Md Yusof @Abd Aziz bergaya diatas motosikal yang dimenangi menerusi cabutan bertuah. |
AHMAD Faizal Abdul Rahim muncul juara Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci di Tasik Jejak Suci A.M.B.S. Dungun pada Jumaat lalu bersamaan 11 September 2015.
Dengan kejayaan ini, Ahmad Faizal yang datang dari Kuantan Pahang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM23,000 mengenepikan dua lagi pencabar terdekat yang masing-masing meraih hadiah kemenangan RM4,000 dan RM1,111.
Dalam pada itu, penyertaan Md Yusof @ Abd Aziz Ngah dari Kampung Binjal, Kemaman turut membawa tuah buat dirinya apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah berupa sebuah motosikal.