26 November 2015

Tinggal 3 hari lagi Rantau Eco Park menanti kaki pancing

Tinggal 3 hari sahaja lagi Rantau Eco Park menanti kaki pancing dengan SANTAI MEMANCING BERSAMA KELUARGA dengan juara bakal membawa pulang RM5,000.00. Program ini dianjurkan bersama Tourism Malaysia Negeri Sembilan. Yuran cuma RM50.00 sahaja. Untuk pendaftaran awal dan keterangan lanjut hubungi 03-9286 6818 atau 011-2197 1462.

18 November 2015

Jom daftar awal Jelajah Pancing KL di Tasik Ampang Hilir Jumaat ini

ANDA sudah sedia untuk menggempur Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Ampang Hilir Sabtu ini? Jika kengkawan sudah bersedia...ayuh jom daftar awal mulai jam 3 petang hingga 8 malam di khemah urusetia Jumaat ini bersamaan 20 Nov 2015. Yuran penyertaan cuma RM25/ joran 2 mata.

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

06 November 2015

Azarul Fahmi ulangi kejayaan Ahmad Faizal juarai Cabaran Memancing Jejak Suci


PEMANCING dari Kuantan sekali lagi mengulangi kejayaan menjuarai Cabaran Memancing bersama Jejak Suci yang berakhir di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun tengahari tadi.

Kali ini tiba giliran Mohd Azarul Fahmi Norizan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000.00 selaku juara menyamai pencapaian Ahmad Faizal Abdul Rahim September lalu.

Tempat kedua diduduki Harun Mohd dari Jerangau, Terengganu dengan genggaman RM5,000.00 diikuti Mohd Ridzuan Zulkifli dari Paka, Terengganu yang berpuas hati di tempat ketiga dengan meraih wang tunai RM1,111.00.

Bagi kategori cabutan bertuah berupa sebuah motosikal, ia menjadi milik Muhd Shazlin Shafiq Razali juga dari Jerangau, Terengganu.

Tahniah buat semua pemenang dan kepada pemancing yang tidak bernasib baik boleh mencuba lagi pada cabaran akan datang.

05 November 2015

RM25,000 menanti sang juara bersama Jejak Suci awal pagi esok

Selamat bertanding diucapkan buat kengkawan kaki pancing yang akan menyertai Cabaran Memancing bersama Jejak Suci di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun mulai pagi esok. 

Buat mereka yang belum daftar awal boleh berbuat demikian jam 5.30 petang ini dan juga awal pagi esok sebelum game bermula. Ayuh! jom serbu dan jangan lepaskan impian menggenggam RM25,000 sebagai juara dan hadiah sapu bersih. Info lanjut, segera contact Cikgu Nasir 013-9233299.