20 Februari 2016
08 Februari 2016
Hits Blog Joran Pancing capai angka 1,000,000 pelawat
BLOG Joran Pancing terus menerus menempa sejarah tersendiri dalam perlumbaan hits pelawat apabila mencatat angka 1 juta (1,000,000) pelawat pada jam 7.00 pagi tadi.
Setakt beriita ini ditulis, Joran Pancing juga menduduki ranking ke #32 terbaik di Top Fishing Site, Big Fish, Norfolk Fishing (#2) dan UK Fishing Fan (#13).
Sesungguhnya, pihak Joran Pancing ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga pancing dan pelawat yang tidak pernah jemu melayari blog ini untuk memperolehi info dan perkembangan terkini berkaitan aktiviti memancing.
07 Februari 2016
Badrul Hisham dinobat juara Jelajah Pancing KL 2015/16
KEMUNCAK pusingan akhir Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2015/16 menyaksikan Mohd Badrul Hisham yang memiliki tag bernombor 4937 dinobatkan selaku juara selepas berjaya mendaratkan ikan patin seberat 7.265kg yang berakhir di Taman Tasik Titiwangsa tengahari tadi.
Dengan kejayaan ini, Mohd Badrul membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Mengikuti rapat di tempat kedua dan ketiga ialah pemancing berketurunan India, Samy dan Wan Nor Azhar yang masing-masing menaikkan ikan patin dan sekaligus mengondol RM3,000 dan RM1,000.
Bagi kategori khas keli, tiga pemenang iaitu Basril, Hasbullah dan Shahril Azmil berjaya mendominasi kedudukan tempat pertama hingga ketiga.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi), Datuk Haji Mohd Saufi Muhammad. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YM Tuan Idzawi Raja Ismail.
Lebih 1,000 kaki pancing seluruh negara telah mengambil bahagian pada pertandingan itu yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
06 Februari 2016
Ramai serbu kaunter daftar Jelajah Pancing KL mulai petang ini. Anda bila lagi?
Mulai jam 3.00 petang ini, kelihatan ramai kaki pancing berpusu-pusu menyerbu kaunter pendaftaran untuk membuat bayaran awal menyertai Grand Final Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada pagi esok sambil memperolehi cenderhati berupa t'shirt secara percuma. Terbaiklah kawan-kawan pancing semua.
Bagi mereka yang belum mendaftar, masih belum terlewat. Kalian boleh datang ke kaunter pendaftaran yang terletak di Pejabat Rumah Sampan sehingga jam 12.00 tengah malam ini. Ayuh... jom kita kasi gegar Jelajah Pancing Kuala Lumpur!
05 Februari 2016
Jom daftar awal Grand Final Jelajah Pancing KL petang esok
Selamat mendaftar awal buat para pemancing yang ingin mengambil bahagian dalam Grand Final Jelajah Pancing Kuala Lumpur mulai jam 3 petang esok di Pejabat Rumah Sampan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Dengan yuran cuma RM40/sejoran, kalian berpeluang menerima t'shirt atau cenderahati disediakan oleh pihak penaja.
Info lanjut, sila berhubung terus talian hotline 019-3841009, 013-3052811, 013-2667011, 012-2846811.