12 Mac 2016

Hakimi Jusoh juara Memancing bersama JEJAK SUCI sempena cuti sekolah


Saudara Hakimi Jusoh muncul juara Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci yang telah berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun semalam.

Dengan kejayaan ini, pemancing tegar dari Batu Rakit, Kuala Terengganu itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.

Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh Saudara Mohd Hanafiah Abu Bakar dari Batu 6, Kuala Terengganu dan Saudara Rafaei Bahari dari Dungun. Mereka memperolehi hadiah masing-masing RM6,000 dan RM2,000.