24 Mac 2016

Jom daftar awal Joran PJ 2016 mulai petang esok


Pendaftaran awal Pertandingan Memancing Joran PJ 2016 akan berlangsung di Tasik Bandaran Kelana Jaya bermula esok dari jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam dan keesokkannya pula pada jam 6.00 pagi hingga detik pertandingan. Jangan lepaskan peluang dapatkan T'Shirt percuma yang disediakan dan sticker pancang ketika mendaftar.

Yuran cuma RM30/satu joran sahaja. Kalian yang mendaftar awal barangkali akan muncul juara dan membawa pulang RM3,000 atau menyapu bersih hadiah yang yang ditawarkan. Ayuh! Kawan-kawan pancing.. jangan tunggu lagi disaat-saat akhir....jom serbu ramai-ramai sebelum terlewat!