Nampaknya kedudukan podium teratas Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berakhir sebentar tadi didominasi muka baru.
Kali ini juara mutlak disandang King Hunter dari Ampang yang berjaya mendaratkan ikan patin seberat 8.660kg sebaik sahaja pertandingan baru bermula tidak sampai 13 minit sambil diapit Mustapha Ishak yang juga menaikkan spesis yang sama dua minit kemudian dengan beratnya 8.525kg. Tempat ketiga pula menjadi milik Danieal dengan patin seberat 7.120kg pada jam 11.28 pagi.
Tahniah buat semua pemenang pertandingan dan cabutan bertuah!