03 September 2016

Patin seberat 5.380kg penuhi impian Naim bergelar juara


SETELAH sekian lama menyertai Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur, akhirnya impian menaiki podium juara tercapai jua buat Naim. Kali ini, lokasi Taman Tasik Permaisuri menjadi saksi apabila beliau berjaya mendaratkan ikan patin seberat 5.380kg pada jam 11.40 pagi sekaligus mengatasi  pendahulu pertandingan semasa, Rafhan  yang juga menaikkan spesis yang sama dengan angkatan 5.200kg pada jam 11.08 pagi.

Paling mencuri tumpuan pada pertandingan ini ialah kebolehan kaki pancing Hamzah yang tidak menyangka dapat menaikkan ikan rohu seberat 4.705kg ketika berbaki  13 minit sahaja lagi semboyan penamat bergema.

Lebih 800 orang kaki pancing telah mengambil bahagian pada pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Team Jom Kaki Pancing.