Salam pancing semua. Jangan lupa mulai jam 3 petang ini hingga jam 10 malam atau esoknya mulai jam 6.30 pagi, jom serbu ke Taman Tasik Ampang Hilir untuk mendaftar #jelajahpancingkualalumpur . Yuran cuma RM30 sahaja.
Bagi menghargai komitmen, para peserta yang mendaftar awal akan menerima produk Oishi Green Tea (tin).
Perlu diingatkan bawa pancang besi untuk pancang.(dapatkan stricker pancang terlebih dahulu sewaktu membuat pembayaran).
Spray, rentangan tali, kayu, buluh dan pancang sebelum waktunya tidak digalakkan. Harap maklum.