09 Mei 2017

Pegawai tertinggi DBKL lepas ikan di Tasik Permaisuri sempena Jelajah Pancing KL


Para pegawai tertinggi DBKL dan rakan penaja telah melepaskan ikan patin ke dalam #tamantasikpermaisuri pada semalam sempena #jelajahpancingkualalumpur.

Mereka diketuai Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Haji Anwar Bin Mohd Zain, Encik Rizuadi  Darus dan Pengurus Tajaan dan Sukan, 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad.

Bagi pendaftaran terawal, pihak Oishi Green Tea (Tin) menyediakan 1 tin minuman percuma keluaran syarikat itu kepada kaki pancing yang mendaftar.

Yuran RM30 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada sabtu ini bermula jam 3 petang hingga 10 malam.

Maklumat lanjut terutama berkaitan pendaftaran boleh berhubung dengan pihak urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811.