12 Ogos 2017

Jelajah Pancing KL: Jom daftar awal ramai-ramai di Tasik Metropolitan mulai jam 3 petang ini


Buat kaki pancing khususnya sekitar Lembah Klang dan sekitarnya, jangan lupa serbu dan daftar awal Jelajah Pancing KL yang akan dibuka di Taman Tasik Metropolitan Kepong mulai jam 3 petang in (12 Ogos) hingga 10.00 malam dan jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi pada keesokan harinya. 

Dengan yuran penyertaan RM30/1 joran dua mata, kawan-kawan berpeluang membawa pulang hadiah juara RM7,000 serta hadiah cabutan bertuah sambil beriadah bersama keluarga tercinta.