28 September 2017

Gegaran Memancing Pantai di Lanjut & Beach Resort, Rompin 7 Oktober ini

Sila klik flyer diatas untuk melihat info pertandingan berskala besar.

21 September 2017

Pendaftaran online Memancing bersama Jejak Suci dibuka sekarang!!!


13 Oktober 2017....tarikh keramat terbaharu Pertandingan Memancing bersama Jejak Suci yang menawarkan hadiah juara RM40,000. Pendaftaran online dibuka sekarang dan akan berakhir pada 12 Oktober ini. 

Sila bank-in bayaran pendaftaran RM100/satu joran ke akaun bank tertera didalam flyer pertandingan dan whatsapp slip bayaran ke 013-9233299 untuk pengesahan.

19 September 2017

Pelepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL, Ayuh serbu Ahad ini


Pihak pengurusan tertinggi DBKL dan rakan penaja telah melakukan pelepasan ikan ke dalam Tasik Ampang Hilir pada kelmarin sempena pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 24 September ini bersamaan Ahad. 

Untuk makluman semua kaki pancing, pendaftaran awal dibuka pada Sabtu ini bermula 3 petang hingga 10 malam diikuti jam 6 pagi keesokkan paginya. Yuran cuma RM30. 

Jangan lepaskan peluang bertanding sambil beriadah bersama keluarga yer.....