31 Oktober 2017
1 tan ikan dilepaskan pada Pertandingan Memancing sempena Konvo UPM
KIRA-KIRA 1 tan telah dilepaskan kelmarin sempena Pertandingan Memancing Terbuka yang menjadi salah satu aktiviti Pesta Konvo UPM pada 4 November ini.
Pertandingan ini akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Kolam 1 & 2 universiti berkenaan.Yuran cuma RM30/ 1 joran.
25 Oktober 2017
Wajah Nordin, juara Jelajah Pancing KL Siri 9/2017 di Tasik Permaisuri
Wajah juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing KL Siri 9/2017, Nordin yang berjaya mendaratkan ikan patin seberat 8.590kg.
Senarai pemenang utama Jelajah Pancing KL Siri 9/2017 di Tasik Permaisuri
SENARAI PEMENANG UTAMA
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR
TARIKH: 22 OKTOBER 2017
LOKASI: TAMAN TASIK PERMAISURI, BANDAR TUN RAZAK
JUARA
Nordin - Patin; berat 8.590kg
TEMPAT KE-2
Ahmad Kamal - Patin; berat 8.215kg
TEMPAT KE-3
Mek Da - Patin; berat 4.520kg
TEMPAT KE-4
Along - Patin; berat 3.915kg
TEMPAT KE-5
Cepet - Patin; berat 3.330kg
TEMPAT KE-6
Zack - Patin; berat 3.025kg
TEMPAT KE-7
Danial - Patin; berat 2.965kg
TEMPAT KE-8
Azren - Patin; berat 2.895kg
TEMPAT KE-9
Cepet - Patin; berat 2.600kg
TEMPAT KE-10
Zack - Patin; berat 2.535kg
18 Oktober 2017
Perlepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL pusingan ke-9 di Tasik Permaisuri
Bagi menghadapi Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur Ahad ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan penaja telah melakukan perlepasan ikan patin ke dalam Tasik Permaisuri, Cheras pada kelmarin.
Ini merupakan lokasi ke-9 penganjuran jelajah pada tahun ini dan ia dianggap sebagai sesi pemanas badan sebelum menuju ke Grand Final pada Disember depan.
Kepada rakan-rakan pancing, jangan lepaskan peluang untuk mengenggam kejuaraan pada pusingan ini. Yuran cuma RM30/ satu joran dan 1,000 botol air Oishi menanti kalian.
14 Oktober 2017
Awang Isa Mamat raih RM40,000 selepas muncul juara Memancing bersama Jejak Suci semalam
Awang Isa Mamat (tengah) dari Gua Musang muncul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada semalam.
Kejayaan ini sekaligus membolehkan Awang Isa membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM40,000.
Bagi tempat kedua dan ketiga, ia dimenangi oleh Fakhrul (berbaju putih) dari Melaka dan Mohd Khairol dari A.M.B.S. Dungun. Keduanya masing-masing meraih wang tunai RM7,000 dan RM3,000.
13 Oktober 2017
12 Oktober 2017
04 Oktober 2017
Lokasi pertandingan Memancing Lanjut Beach & Golf Resort gamit kaki pancing
Inilah lokasi Pertandingan Memancing Pantai anjuran Lanjut Beach and Golf Resort, Kuala Rompin pada Sabtu ini (7 Oktober 2017) yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang. Yuran cuma RM50/seorang,
300 helai disediakan untuk pendaftaran terawal dan berpeluang menangi hadiah juara RM5,000 dan cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal. Jangan lupa contact: Rohan 019-9191986.