Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

15 Disember 2018

Jom daftar Jelajah Pancing Kuala Lumpur tengahari ini; Yuran RM50


Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu semua.

Bermula dari jam 12.00 tengahari hari ini (Sabtu) hingga 10.malam, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar awal Pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur di kaunter pendaftaran yang terletak di Gate 1, Taman Tasik Ampang Hilir. Yuran cuma RM50.00/satu joran. Baju (jenis microfiber gray) dan AIR untuk 900 yg daftar awal.

Kawan-kawan boleh juga mendaftar pada hari pertandingan (esok) dari jam 6.30 pagi. Mohon beri kerjasama agar tidak melakukan perkara2 antaranya meletakkan pancang besi , menandakan cat atau spray lebih awal serta mematuhi peraturan memancing yang ditetapkan yang boleh diperolehi di kaunter daftar.

DAFTAR AWAL JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR

DAFTAR AWAL JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR

DAFTAR AWAL JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR


14 Disember 2018

Jom serbu kaunter daftar awal tengahari esok; Yuran RM50/satu joran


Salam Pancing semua. 

Kaunter akan dibuka jam 12 tgh esok (Sabtu) hingga 10 malam diikuti pada Ahad (hari pertandingan)dibuka jam 6.30 pagi di Khemah Urusetia Taman Tasik Ampang Hilir, Kl di pintu 1 dan jangan lupa sila bawa pancang besi. 

Kerjasama anda diingatkan menghormati rakan-rakan lain dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali meletakkan atau menanda sesuatu di lokasi2 pilihan sebelum mendapatkan sticker pancang terlebih dahulu. Urusetia akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum kaunter pendaftaran dibuka. (sepertimana sebelum ini). 

Yuran cuma RM50 sahaja dan anda layak menerima baju jenis Microfiber, 2 botol Oyoshi malah berpeluang merebut hadiah keseluruhan lebih RM28,000 dan RM10,000 menanti bakal juara. 

Lebih menarik, hadiah disediakan sehingga ke tempat ke-120 dan barangan sumbangan penaja berupa 2 buah motosikal, 3 unit TV dan hadiah cabutan bertuah turut menjadi habuan bagi mereka yang bertuah nanti. 

Ayuh!!! Apa tunggu lagi...Jom daftar awal tengahari esok atau hari pertandingan mulai jam 6.30 pagi. Segala-galanya terletak ditangan rakan pancing untuk merebut peluang yang terhidang di depan mata. Jumpa di sana........


10 Disember 2018

Jom meriahkan Grand Final JPKL Ahad ini, Ikan baharu sahaja dilepaskan


Ikan baharu sahaja dilepaskan di Tasik Ampang Hilir untuk Grand Final Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) Ahad ini.

Terima kasih tidak terhingga buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku penganjur dan rakan penaja Oyoshi dan Igloo.

Ayuh...jom kita meriahkan Grand Final buat tahun 2018 ini. Jumpa di sana....

Kaki Pancing Hebat, Anda Hebat …Ayuh Joran dan Umpan Terbaeek, hebat anda pastikan anda bertandang ke lokasi ini nanti.

TASIK AMPANG HILIR, KUALA LUMPUR, 16 DIS 2018
TASIK AMPANG HILIR, KUALA LUMPUR, 16 DIS 2018
TASIK AMPANG HILIR, KUALA LUMPUR, 16 DIS 2018

01 Disember 2018

Tarikan berbisa Lan Belia tewaskan patin Mekong





Sebut sahaja nama Kolam Pancing Air Tawar Abe yang terletak di Batu Pahat, Kangar pasti ramai yang mengenali nama Mazlan Che Mat atau sinonim dengan panggilan Lan Belia. 

Setiap kali dia beraksi di kolam ini, pasti ada sahaja yang menjeling ke arahnya apatah lagi ketika umpan yang dibancuhnya kerap menjadi santapan ikan-ikan bertaraf monster seperti karak dan patin mekong. 

Maka tidak hairanlah setiap kali ikan yang berjaya didaratkan pasti menjanjikan habuan lumayan dengan menduduki ranking teratas Kolam Pancing Abe.

Hari ini, beliau mempamerkan sentuhan berbisa apabila berjaya menarik ikan patin seberat 24.40kg. Terbaiklah sifu... 

Video ini juga boleh ditonton di channel Youtube: joran pancing

27 November 2018

DBKL setuju turunkan yuran Grand Final Jelajah Pancing KL kepada RM50 satu joran


SETELAH dipertimbangkan secara adil, pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersetuju untuk menurunkan yuran penyertaan kepada RM50/satu joran dua mata berbanding RM60/satu joran sempena Grand Final Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir pada 16 Disember ini (Ahad). 

Pihak DBKL juga bersetuju untuk meminda masa pertandingan dari 8.15 pagi hingga 12.15 tgh kepada 8.15 pagi hingga 1,.00 petang. Lain-lain tidak berubah. 

 Jumpa di Taman Tasik Ampang Hilir nanti...!!!

13 Oktober 2018

Jom daftar awal Jelajah Pancing KL di Taman Metropolitan Batu sekarang!!!


Salam kaki pancing semua. Kaunter daftar awal Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 8 hari ini dibuka sekarang di Taman Tasik Metropolitan, Batu hingga 10 malam ini dan keesokkannya dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayuh....jangan lepaskan peluang dapatkan botol air Oyoshi ketika mendaftar. Yuran cuma RM35/1 joran dua mata sahaja.

10 Oktober 2018

Pelepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL Siri 8 di Tasik Metropolitan Batu


Jelajah Pancing Kuala Lumpur telah melonjakkan programnya. Ahad ini, Taman Tasik Metropolitan Batu bakal menjadi lokasi pencarian juara Siri ke-8.

Pada tengahari semalam, berlangsung acara melepaskan ikan ke dalam tasik yang disempurnakan oleh pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan rakan penaja yang diketuai Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Puan Hasliza Abdul Hamid.

27 September 2018

Perlepasan ikan dijangka gamatkan kemeriahan Jelajah Pancing KL Ahad ini


Perlepasan ikan oleh pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan penaja semalam dijangka mengamatkan lagi kemeriahan aksi pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Ampang Hilir Ahad ini.

Buat rakan pancing, datang jangan tak datang. Kata orang, untung sabut timbul.. Kita tengok siapa yang bergelar juara kelak. Ayuh.... gempur Taman Tasik Ampang Hilir Ahad ini!!!!

13 September 2018

Pelepasan ikan simbolik Jelajah Pancing KL di Tasik Danau Kota, Setapak Ahad ini


MELEPASKAN IKAN... acara simbolik yang dilakukan oleh pegawai tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan penaja bersempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Menariknya, inilah julung-julung kali pertandingan sukan seumpama ini diadakan di Taman Tasik Danau Kota, Setapak.

Bagi kaki pancing yang ingin mendaftar, boleh berbuat demkian di khemah urusetia yang terletak di taman tasik itu mulai jam 1 petang hingga 10 malam pada 15/9/2018 dan dari jam 6 pagi hingga 10 pagi pada hari pertandingan (16/9/2018). Yuran cuma RM35/ satu joran dua mata.

Sebarang kemusykilan, boleh hubungi 012-2846811, 013-2667011, 013-3052811.


03 September 2018

Taman Tasik Danau Kota lokasi terbaharu Jelajah Pancing KL


JELAJAH Pancing Kuala Lumpur Siri 6/2018 bakal berlangsung di Taman Tasik Danau Kota, Setapak pada 16 September ini bersempena sambutan Hari Malaysia.

Lokasi pertandingan ini merupakan lokasi terbaharu taman tasik milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Kelang.

Pendaftaran pertandingan akan bermula dari jam 1 petang hingga 10 malam (15/9/2018) dan jam 6 pagi hngga 10 pagi pada 16/9/2018.

Yuran penyertaan dikenakan ialah sebanyak RM35/satu joran dua mata. Menariknya, hadiah sapur bersih dan ikan keli tidak dipertandingkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila berhubung 012-2846811, 013-2667011, 013-3052811.

18 Ogos 2018

Jelajah Pancing KL: Jom daftar sekarang dan dapatkan hadiah menarik


Kaunter pendaftaran Jelajah Pancing KL sudah dibuka di Taman Tasik Metropolitan Batu sekarang!

Ramai rakan-rakan sudahpun mendaftar dan perolehi hadiah berupa sardin 1 unit atau 2 botol air Oyoshi. Yuran cuma RM35. Anda bila lagi?Datang cepat yer....

Info lanjut hubungi terus urusetia 013-3052811, 012-2846811, 013-2667011

Hadiah menanti semasa daftar awal Jelajah Pancing KL petang ini


Jangan lupa kaunter pendaftaran Jelajah Pancing Kuala Lumpur mula dibuka pada jam 1 petang ini hingga 9 malam dan keesokkannya jam 6.30 pagi.

Ada hadiah menanti anda semasa mendaftar iaitu bagi pendaftaran 1 hingga 300 awal anda mempunyai pilihan iaitu  Sardin 1 unit (sehingga habis) atau 2 bolol air Oyoshi. Yuran cuma RM35.

15 Ogos 2018

Hadiah hingga tempat ke-100 menanti pemenang Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Ahad ini



IKAN patin baharu sahaja dilepaskan sempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang akan berlangsung Ahad ini di Taman Tasik Metropolitan, Batu.

Jangan lepaskan peluang merebut hadiah wang tunai di posisi utama dan hadiah hingga ke tempat ke-100.

Ayuh! kawan-kawan kasi gegar Taman Tasik Metropolitan hujung minggu ini.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...