27 September 2018

Perlepasan ikan dijangka gamatkan kemeriahan Jelajah Pancing KL Ahad ini


Perlepasan ikan oleh pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan penaja semalam dijangka mengamatkan lagi kemeriahan aksi pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Ampang Hilir Ahad ini.

Buat rakan pancing, datang jangan tak datang. Kata orang, untung sabut timbul.. Kita tengok siapa yang bergelar juara kelak. Ayuh.... gempur Taman Tasik Ampang Hilir Ahad ini!!!!

13 September 2018

Pelepasan ikan simbolik Jelajah Pancing KL di Tasik Danau Kota, Setapak Ahad ini


MELEPASKAN IKAN... acara simbolik yang dilakukan oleh pegawai tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan penaja bersempena Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Menariknya, inilah julung-julung kali pertandingan sukan seumpama ini diadakan di Taman Tasik Danau Kota, Setapak.

Bagi kaki pancing yang ingin mendaftar, boleh berbuat demkian di khemah urusetia yang terletak di taman tasik itu mulai jam 1 petang hingga 10 malam pada 15/9/2018 dan dari jam 6 pagi hingga 10 pagi pada hari pertandingan (16/9/2018). Yuran cuma RM35/ satu joran dua mata.

Sebarang kemusykilan, boleh hubungi 012-2846811, 013-2667011, 013-3052811.


03 September 2018

Taman Tasik Danau Kota lokasi terbaharu Jelajah Pancing KL


JELAJAH Pancing Kuala Lumpur Siri 6/2018 bakal berlangsung di Taman Tasik Danau Kota, Setapak pada 16 September ini bersempena sambutan Hari Malaysia.

Lokasi pertandingan ini merupakan lokasi terbaharu taman tasik milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Kelang.

Pendaftaran pertandingan akan bermula dari jam 1 petang hingga 10 malam (15/9/2018) dan jam 6 pagi hngga 10 pagi pada 16/9/2018.

Yuran penyertaan dikenakan ialah sebanyak RM35/satu joran dua mata. Menariknya, hadiah sapur bersih dan ikan keli tidak dipertandingkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila berhubung 012-2846811, 013-2667011, 013-3052811.