13 Oktober 2018

Jom daftar awal Jelajah Pancing KL di Taman Metropolitan Batu sekarang!!!


Salam kaki pancing semua. Kaunter daftar awal Jelajah Pancing Kuala Lumpur Siri 8 hari ini dibuka sekarang di Taman Tasik Metropolitan, Batu hingga 10 malam ini dan keesokkannya dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayuh....jangan lepaskan peluang dapatkan botol air Oyoshi ketika mendaftar. Yuran cuma RM35/1 joran dua mata sahaja.

10 Oktober 2018

Pelepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL Siri 8 di Tasik Metropolitan Batu


Jelajah Pancing Kuala Lumpur telah melonjakkan programnya. Ahad ini, Taman Tasik Metropolitan Batu bakal menjadi lokasi pencarian juara Siri ke-8.

Pada tengahari semalam, berlangsung acara melepaskan ikan ke dalam tasik yang disempurnakan oleh pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan rakan penaja yang diketuai Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Puan Hasliza Abdul Hamid.