27 Februari 2020

RM24,200 menanti pemenang IGLOO Fishing Competition di Slim River 8 Mac ini


Kira-kira RM24,200 hadiah keseluruhan bakal menanti para pemenang IGLOO Fishing Competition 2020 di Tasik YDP, Slim River pada 8 Mac ini. 

Paling menarik, setiap kaki pancing berpeluang menyapu bersih setiap hadiah pertandingan yang ditawarkan dan juga produk daripada IGLOO. Ini ditambah lagi, setiap 500 penyertaan terawal akan menerima sehelai baju acara. 

Jadi, apa tunggu lagi semua...jom kita sama-sama serbu Tasik YDP Slim River. Yuran cuma RM60/ 1 joran dua mata. 

Info lanjut boleh berhubung terus ke hotline: 012-2846811, 013-2667011, 011-10089534. 

12 Februari 2020

Pelepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL. Jom serbu Tasik Metropolitan Kepong Ahad ini


Acara pelepasan ikan telah berlangsung di Taman Tasik Metropolitan Kepong pada semalam dan sekaligus menggamit kaki pancing untuk menyertai Jelajah Pancing KL Ahad ini sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020.🎣🎣🎣

07 Februari 2020

Jom buru juara Jelajah Pancing KL di Tasik Metropolitan Kepong 16 Februari 2020


Pertandingan Jelajah Pancing KL (JPKL) kini kembali lagi untuk tahun 2020. Siri pertama pertandingan akan berlangsung pada 16 Februari ini di Taman Tasik Metropolitan Kepong bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020. 

Ayuh otai dan kawan-kawan, jom serang Taman Tasik Metropolitan Kepong untuk memburu juara Siri 1 dan sekaligus merangkul hadiah wang tunai RM7,000 beserta hadiah sampingan lain. 

Sebarang pertanyaan, hubungi urusetia JPKL 013-2667011, 012-3554946, 012-2846811