Acara simbolik pelepasan ikan bersempena Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Metropolitan Kepong telah berlangsung pagi tadi. Jangan lepaskan peluang kasi sapu bersih hadiah kemenangan.
20 September 2016
07 September 2016
03 September 2016
Senarai pemenang utama Jelajah Pancing KL (Tasik Permaisuri) hari ini
SENARAI PEMENANG UTAMA
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR 2016
TARIKH: 3 SEPTEMBER 2016
LOKASI: TAMAN TASIK PERMAISURI, CHERAS
Juara
NAIM - Patin; berat 5.380kg
Tempat Ke-2
RAFHAN - Patin; berat 5.200kg
Tempat Ke-3
HAMZAH - Rohu; berat 4.705kg
Tempat Ke-4
ARIP - Patin; berat 3.440kg
Tempat Ke-5
JOHN - Patin; berat 2.930kg
Tempat Ke-6
JOHN - Patin; berat 2.720kg
Tempat Ke-7
ADIE - Patin; berat 2.560kg
Tempat Ke-8
ZULESAM IDRIS - Patin; berat 2.485kg
Tempat Ke-9
ADIE - Patin; berat 2.445kg
Tempat Ke-10
SHAH - Patin; berat 2.385kg
Patin seberat 5.380kg penuhi impian Naim bergelar juara
SETELAH sekian lama menyertai Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur, akhirnya impian menaiki podium juara tercapai jua buat Naim. Kali ini, lokasi Taman Tasik Permaisuri menjadi saksi apabila beliau berjaya mendaratkan ikan patin seberat 5.380kg pada jam 11.40 pagi sekaligus mengatasi pendahulu pertandingan semasa, Rafhan yang juga menaikkan spesis yang sama dengan angkatan 5.200kg pada jam 11.08 pagi.
Paling mencuri tumpuan pada pertandingan ini ialah kebolehan kaki pancing Hamzah yang tidak menyangka dapat menaikkan ikan rohu seberat 4.705kg ketika berbaki 13 minit sahaja lagi semboyan penamat bergema.
Lebih 800 orang kaki pancing telah mengambil bahagian pada pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Team Jom Kaki Pancing.
02 September 2016
Rakan pancing kerumun kaunter daftar awal di Tasik Permaisuri
Sebahagian rakan pancing beratur untul mendaftar awal sempena Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di Taman Tasik Permaisuri Cheras. Buat yang belum mendaftar, masih belum terlambat untuk berbuat demikian. Yuran cuma RM30/sejoran.