26 Mei 2017
Selamat berpuasa buat warga pancing beragama Islam
Selamat menunaikan ibadat berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak buat seluruh warga pancing beragama Islam dimana sahaja berada. Mudah-mudahan semua dapat mengharungi bulan yang mulia ini dengan penuh keberkatan dan ketaqwaan.
#ibadatberpuasa
#ramadanalmubarak
Keli tabal Shukhairy juara dan raih RM70,000
Inilah keli seberat 6.030kg yang berjaya dinaikkan Shukhairy Kamaruzaman untuk membolehkannya ditabal sebagai juara Jom Memancing bersama JORAN BAGUS dan membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000 di Tasik Kem Paya Pahlawan, Jitra Kedah pada Sabtu lalu.
Tahniah Shukhairy....!
#pertandinganmemancing
#joranbagus
#hadiahwangtunai
21 Mei 2017
Keli seberat 6.030kg julang nama Shukhairy Kamaruzaman juara Jom Memancing Joran Bagus
Kejayaan mendaratkan ikan keli seberat 6.030kg pada jam 9.45 pagi telah mencipta satu sejarah baharu buat rakan Joran Pancing, Shukhairy Kamaruzaman apabila dijulang sebagai juara Jom Memancing 'Cabaran Penutup Sebelum Puasa' anjuran Joran Bagus yang berlangsung di Tasik Kem Paya Pahlawan dekat Jitra pada semalam.
Ia sekaligus membolehkan Shukhairy membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000.
Shukhairy yang juga kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika ditanya Joran Pancing berkata beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. dan tidak menduga sama sekali atas pemberian rezeki ini.
" Alhamdulillah saya bersyukur sangat atas pemberian rahmat Allah s.w.t. semalam. Rezeki ini hanya dipinjamkan kepada saya.
" ini merupakan kemenangan terbesar yang pernah saya perolehi sepanjang menyertai pertandingan memancing. Saya juga anggap semua ini rezeki buat keluarga saya memandangkan merekalah pendorong utama setiap kali saya pergi bertanding," ujar Shukhairy yang penuh bermakna dan tersirat itu.
18 Mei 2017
Jom serang Seri Bayu Tekala sempena Cabaran Memancing Mei 2017 Ahad ini
CABARAN Memancing Kolam Seri Bayu Tekala, Semenyih bagi bulan Mei 2017 akan berlangsung pada Ahad ini.
Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada kaki pancing yang akan mengambil bahagian termasuklah t'shirt percuma untuk pendaftaran terawal, cabutan bertuah dan paling gempak ialah hadiah RM40,000 buat sang juara.
Apa tunggu lagi...jom serang Seri Bayu Tekala. Yuran cuma RM100/satu joran.
16 Mei 2017
Selamat Hari Guru buat kaki pancing bergelar Cikgu
Joran Pancing ingin mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada semua insan dan rakan pancing yang bergelar guru.
Jasa kalian sentiasa tetap bersemi dihati.
#hariguru
#terimakasih
Senarai pemenang utama Jelajah Pancing KL Siri 5 Tasik Permaisuri
SENARAI PEMENANG UTAMA
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR
TARIKH: 14 MEI 2017 (Ahad)
LOKASI: TAMAN TASIK PERMAISURI, BANDAR TUN RAZAK
1. Ramli Bilal a.k.a. Abu - patin; berat 6.225kg
2. Muhd Haikal Razman - patin; berat 2.360kg
3. Muhamad Danial Mohd Naim - patin; berat 0.745kg
4. Rozi - raja; berat 0.600kg
5. Acap Konggo - raja; berat 0.525kg
6. Nazri - raja; berat 0.475kg
7. Mie - raja; berat 0.465kg
8. Kris - haruan; berat 0.430kg
9. Saiful - raja; berat 0.395kg
10.Boss KL- patin; berat 0.395kg
Patin seberat 6.225kg lonjak nama Ramli Bilal a.k.a Abu juara Siri 5 Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri
Angkatan patin seberat 6.225kg yang didaratkan pada jam 8.51 pagi berjaya melonjakkan nama Ramli Bilal untuk bergelar juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) Siri 5 yang berakhir di Taman Tasik Permaisuri sebentar tadi.
Kejayaan ini sekaligus membolehkan Ramli membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 beserta barangan produk rakan penaja, Oishi dan Igloo
Anak kelahiran Dengkil, Sepang yang lebih mudah disapa sebagai Abu ini mengakui ini bukanlah pertama kali dia menjuarai sesuatu pertandingan memancing yang diadakan di seluruh negara. Cuma penyertaan di JPKL anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini baru saya berpeluang menjuarainya walaupun sudah menyertai beberapa kali pada sebelumnya.
"Inilah pertama kali saya dapat mengenggam kejuaraan disini. Ini mungkin rezeki saya. Saya memanjatkan rasa syukur atas kejayaan ini.
"Terima kasih kepada pihak penganjur dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya menyertai sebarang pertandingan memancing selama ini.
Saya berharap kejayaan ini akan meningkatkan azam saya untuk memperolehi pencapaian lebih cemerlang pada siri Pertandingan Memancing yang semakin bercambah di seluruh negara," ujarnya.
Ketika ditanya, Abu tidak menafikan bahawa dorongan keluarga merupakan punca utama dia terjebak dalam arena memancing.
"Kebanyakan adik-beradik saya seramai 10 orang meminati bidang memancing. Kemana sahaja mereka pergi menyertai mana-mana pertandingan memancing, saya akan ikut dan sama-sama bertanding. Soal menang kalah bukan persoalan. Apa yang lebih penting, kepuasan dalam jiwa saya," kata Abu yang memiliki pengalaman memancing selama 14 tahun.
Saya berharap kejayaan ini akan meningkatkan azam saya untuk memperolehi pencapaian lebih cemerlang pada siri Pertandingan Memancing yang semakin bercambah di seluruh negara," ujarnya.
Ketika ditanya, Abu tidak menafikan bahawa dorongan keluarga merupakan punca utama dia terjebak dalam arena memancing.
"Kebanyakan adik-beradik saya seramai 10 orang meminati bidang memancing. Kemana sahaja mereka pergi menyertai mana-mana pertandingan memancing, saya akan ikut dan sama-sama bertanding. Soal menang kalah bukan persoalan. Apa yang lebih penting, kepuasan dalam jiwa saya," kata Abu yang memiliki pengalaman memancing selama 14 tahun.
Tempat kedua dan ketiga diraih Muhd Haikal Razman dan Muhammad Danial.Mohd Naim yang masing memperolehi wang tunai RM3,000 dan RM1,000. Haikal menaikkan ikan patin seberat 2.360kg pada jam 12.26 tengahari manakala Danial dengan spesis yang sama dengan angkatan seberat 0.745kg pada jam 9.05 pagi.
13 Mei 2017
Sekitar majlis daftar awal Jelajah Pancing KL petang ini
Pemandangan sekitar majlis daftar awal #jelajahpancingkualalumpur Siri 5 di #tamantasikpermaisuri.
Bagi kaki pancing yang belum berbuat demikian, ayuh serang ke kaunter pendaftaran dan dapatkan sebotol minuman berjenama Oishi secara percuma. Yuran cuma RM30 sahaja.
Jom daftar Jelajah Pancing KL di Tasik Permaisuri petang ini
Jangan lupa mulai jam 3 petang ini (Sabtu), jom ke #tamantasikpermaisuri untuk mendaftar awal #jelajahpancingkualalumpur Siri 5. Yuran cuma RM30 sahaja.
Mungkinkah penyertaan kali ini akan menobatkan diri anda sebagai juara dan membawa pulang hadiah RM7,000. Ayuh, jumpa disana.....
12 Mei 2017
Mohd Yahya dari Kemasik muncul juara Memancing bersama Jejak Suci hari ini
Mohd Yahya dari Kemasik, Kemaman (tengah) muncul juara Pertandingan Memancing bersama JEJAK SUCI yang berakhir di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun tengahari tadi.
Kejayaan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah wqng tunai sebanyak RM27,000. Manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh Pa (baju berwarna kuning) dari Cheneh, Kemaman dan Encik Sedar (baju berwarna biru) dari Jerangau, Dungun. Pa mendapat RM5,000 sementara Sedar RM1,111.
#pertandinganmemancing
#jejaksuci
#champion
#hadiahwangtunai
10 Mei 2017
Jom daftar awal Memancing bersama Jejak Suci mulai petang esok
Mulai jam 5.30 petang esok (11 Mei 2017), jangan lupa serbu ke Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun untuk mendaftar awal Pertandingan Memancing bersama JEJAK SUCI dan anda berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM27,000 selaku juara.
Sebanyak 400 helai t'shirt percuma disediakan dan yuran cuma RM79/satu joran. Selain itu, pelbagai hadiah lain turut ditawarkan 10 cabutan bertuah berupa handphone dan barangan elektrik. Makluman semua, pertandingan ini akan berlangsung pada 12 Mei 2017 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Maklum lanjut, hubungi Cikgu Nasir 013-9233299 atau Kamaruzaman 019-9664314.
#pertandinganmemancing
#jejaksuci
#daftarawal
#dungun
09 Mei 2017
Pegawai tertinggi DBKL lepas ikan di Tasik Permaisuri sempena Jelajah Pancing KL
Para pegawai tertinggi DBKL dan rakan penaja telah melepaskan ikan patin ke dalam #tamantasikpermaisuri pada semalam sempena #jelajahpancingkualalumpur.
Mereka diketuai Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan DBKL, Haji Anwar Bin Mohd Zain, Encik Rizuadi Darus dan Pengurus Tajaan dan Sukan, 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad.
Bagi pendaftaran terawal, pihak Oishi Green Tea (Tin) menyediakan 1 tin minuman percuma keluaran syarikat itu kepada kaki pancing yang mendaftar.
Yuran RM30 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada sabtu ini bermula jam 3 petang hingga 10 malam.
Maklumat lanjut terutama berkaitan pendaftaran boleh berhubung dengan pihak urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811.