Jadilah pengikut setia Joran Pancing
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com
Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com
Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.
Jom "follow" Instagram Joran Pancing
Jom@Chat bersama Joran Pancing
Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5
Pertandingan Memancing Pra-GP Joran
31 Disember 2014
Peta dan kordinat GPS ke Pertandingan Memancing 2015
29 Disember 2014
Seri Bayu Tekala buka tirai 2015 dengan Cabaran Memancing 18 Januari ini
KOLAM Seri Bayu Tekala, Semenyih akan membuka tirai tahun 2015 dengan Cabaran Memancing pada 18 Januari ini yang menawarkan hadiah sebanyak RM42,000.00 buat juara.
Tambah memeriahkan gegaran pertandingan, kolam berkenaan turut menyediakan satu lagi cabaran dikenali Cabaran Sabtu Malam Minggu yang setia menanti kaki pancing.
28 Disember 2014
Tarikh pancang Pertandingan Memancing 2015 pada 31 Disember ini
PENGANJUR Pertandingan Memancing 2015, Kolam Pancing Lagenda ingin memaklumkan kepada semua kaki pancing bahawa tarikh pancang pertandingan itu ialah pada 31 Disember ini.
Berikut tentatif program pada tarikh berkenaan:
10 pagi hingga ke hari pertandingan - sesi pendaftaran
12 tengah hari - pengambilan pelekat pancang, joran dan badan
4 petang - sesi pancang
Sebarang masalah atau ingin menyertai pertandingan ini, boleh hubungi Puan Hasliza AR Kamaludin di talian 016-2375821.
Jumpa di sana......!!!!
Harap maklum dan terima kasih.
26 Disember 2014
Selangor Plus Fun Run ditunda pada 8 Februari ini
KENYATAAN MEDIA
Urusetia Selangor Plus Fun Run 2014
Assalamulaikum dan Selamat Malam kepada semua peserta-peserta SELANGOR PLUS FUN RUN 2014
Ingin dimaklumkan bahawa Selangor Plus Fun Run yang sepatutnya berlangsung pada 28 Disember 2014 ditunda ke 8 Februari 2015 sebagai menghormati mangsa banjir di Pantai Timur,
Nota :AJK akan berada di kaunter fun run dan sekiranya ada peserta yang ingin menuntut kembali wang tersebut boleh berbuat demikian atau wang tersebut di bawa pada 8hb. Febuari 2015 nanti..
Sebarang masalah atau kemusykilan, boleh hubungi kami.
Harap maklum..Terima kasih.
25 Disember 2014
Pertandingan Memancing 2015: Jom daftar awal dan jangan terlepas RM70,000
Sesi pendaftaran (walk in) bagi Pertandingan Memancing 2015 anjuran Kolam Pancing Lagenda telahpun bermula.
Buat kaki pancing khususnya sekitar Lembah Klang boleh datang ramai-ramai untuk mendaftar dan dapatkan info terperinci berhubung pertandingan daripada pihak urusetia yang sedia menanti anda di Taman Tasik Ampang Hilir dari jam10 pagi hingga 6 petang pada setiap hari. Jangan tunggu-tunggu lama, nanti terlepas peluang genggam RM70,000 selaku juara.
24 Disember 2014
20 Disember 2014
Pertandingan Memancing 2015: Kuanter daftar awal dibuka bermula 25 Disember ini
DEBARAN Pertandingan Memancing 2015 kian terasa. Menjelang pertandingan yang bakal menjelma, pihak penganjur, Kolam Pancing Lagenda akan membuka kaunter berhampiran dewan dan taman permainan Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur untuk pendaftaran awal (walk in) kepada kaki pancing bermula 25 Disember ini dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Sebagai memeriahkan lagi suasana, kira-kira 500 helai baju secara percuma disediakan bagi mereka yang melakuan pendaftaran awal ini.
Sebarang masalah atau info lanjut mengenai pertandingan ini, boleh hubungi Puan Hasliza AR Kamaludin di talian 016-2375821.
16 Disember 2014
Isu Lesen Pemancing Ikan: Ismail Sabri arah cadangan itu dibatalkan serta-merta
Berikutan isu melesenkan Pemancing Ikan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan cadangan peraturan yang ingin diperkenalkan Jabatan Perikanan Malaysia dibatalkan dengan serta-merta.
Khairie Fauzi bawa pulang RM60,000 selepas juarai Cabaran Memancing Tutup Tirai Seri Bayu Tekala
ENCIK Mohamad Khairie Muhammad Fauzi telah muncul juara Cabaran Memancing Tutup Tirai 2014 Kolam Pancing Seri Bayu Tekala yang berlangsung kelmarin.
Beliau yang datang dari Taman Panchor Jaya, Seremban berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000 selepas berjaya mendaratkan spesis pacu seberat 11.055kg. Bagi tempat kedua dan ketiga telah dimenangi Dato' Mohd Yusof Hambali dari Shah Alam dengan hasil tangkapan pacu (10.910kg) dan Suladi Sampir dengan patin seberat 10.335kg.
Dikesempatan itu juga pihak pengurusan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang memberi sokongan setiap kali pertandingan diadakan di kolam tersebut disamping ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 buat semua.
Sumber: Admin FB Seri Bayu Tekala
15 Disember 2014
13 Disember 2014
11 Disember 2014
10 Disember 2014
Peserta Seri Bayu Tekala kini gunapakai sistem daftar bernombor
PIHAK pengurusan Kolam Pancing Seri Bayu Tekala ingin memaklumkan bahawa para peserta yang akan mengmbil bahagian perlu menggunakan sistem pendaftaran bernombor yang akan bermula 13 Disember 2014; hari Sabtu dan cabutan nombor pendaftaran akan dibuka bermula pada jam 4 petang.
Demikian ditegaskan pengurus kolam berkenaan, Puan Bariah kepada Joran Pancing.
"Sistem ini dibuat untuk mengelakkan tempahan tapak daftar. Ia diharap mampu memuaskan hati semua kaki pancing yang bertanding. Biar para peserta dapat tahu dan nombor mula pada jam 4 petang dan pendaftaran pula jam 5 petang.
Dalam pada itu, Puan Bariah menambah, pihaknya juga memutuskan pada setiap Sabtu malam minggu akan diadakan Pertandingan Cabaran Jackpot Terkumpul di Kolam 1 yang melibatkan target spesis pacu 9kg ke atas dimana yuran penyertaan cuma RM40 (RM35 + 5 jackpot)
08 Disember 2014
Pertandingan Memancing 2015. RM70,000 milik siapa?
Pertandingan memancing bersempena Tahun Baru 2015 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 dan RM70,000 akan menjadi hak mutlak juara.
Ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pertandingan ini, sila layari link berikut: Pertandingan Memancing 2015
03 Disember 2014
01 Disember 2014
Jejak Suci kembali dengan gegaran Memancing Cuti Sekolah 12 Disember 2014
SELEPAS pembatalan angkara masalah banjir yang melanda baru-baru ini, Jejak Suci kembali lagi dengan Gegaran Memancing sempena Cuti Sekolah yang akan berlangsung di Tasik Jejak Suci A.M.B.S. Dungun pada 12 Disember 2014.
Pada kali ini, hadiah juara ditawarkan tetap sama iaitu sebanyak RM20,000 buat kaki pancing yang bergelar juara.
25 November 2014
Anglers Sport Tackle pilihan kaki pancing di Lembah Klang
Bagi kaki pancing sekitar Lembah Klang yang tercari-cari kedai
peralatan memancing yang serba lengkap dengan harga berpatutan, Anglers Sport Tackle sesuai untuk dijadikan pilihan utama.
Kedai yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala
Lumpur memiliki pelbagai peralatan memancing termasuk joran dan reel. Malah kedai tersebut juga bersedia menerima mana-mana peralatan untuk dibaiki.
Info lanjut, sila hubungi pengurusnya, Mr Kuan ditalian 03-41431103/
012-9547357.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Pintu masuk ke Kolam Air Masin Loo ng Sang (LS). Tempat istirehat disediakan untuk ke selesaan pengunjung. Salah seorang kaki pancing sedan...
-
BAGI kaki pancing yang berada di sekitar Johor Bahru khususnya di muara Sungai Johor nama Rumah Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih...
-
Bagi kaki pancing sekitar Lembah Klang yang tercari-cari kedai peralatan memancing yang serba lengkap dengan harga berpatutan, ...
-
Ramai kaki pancing teruja memancing di malam hari. Kelihatan ramai kaki pancing sedang mencuba nasib. BAGI kaki pancing tegar udang galah, l...
-
BARU-BARU ini sempat jugak JP menjengah sebuah kolam pancing air tawar dikenali 'Kolam Pak Din' di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur....
-
30 Bersama Komuniti 1Malaysia ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Memancing 2013 yang akan berlangsung di Pantai Bersih Bagan Ajam, ...
-
Sila klik flyer diatas untuk melihat paparan berskala besar
-
RUMAH Rakit Tiram Fishing & Resort atau lebih dikenali 'Rakit Atan' sememangnya cukup dikenali sebagai salah satu destinasi mem...
-
Bagi para penggemar ikan kelah khususnya di sekitar Lembah Kelang, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi jauh hingga ke...