Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

15 April 2018

Senarai pemenang Jelajah Pancing KL Siri 1/2018


SENARAI & KEDUDUKAN PEMENANG
JELAJAH PANCING KUALA LUMPUR
SIRI 1/2018
LOKASI: TAMAN TASIK AMPANG HILIR

Juara
YUSOF HARUN a.k.a USOP HUDLAR - Patin; berat 12.640kg
Tempat Ke-2
MOHD NIZAM - Patin; berat 12.245kg
Tempat Ke-3
MUHAMMAD MUTAWALLI MOHD ADNAN - Patin; berat 5.560kg
Tempat Ke-4
EJO - Patin; berat 5.355kg
Tempat Ke-5
ZACK - Patin; berat 4.430kg
Tempat Ke-6
FAZLI - Patin; berat 4.085kg
Tempat Ke-7
JAFRIN - Rohu; berat 2.965kg
Tempat Ke-8
MAN HK - Rhu; 2.705kg
Tempat Ke-9
MAN - Rhu; 2.185kg
Tempat Ke-10
NORHANIS - Patin; 1.965kg

Usop Hudlar cipta sejarah tersendiri rangkul juara Jelajah Pancing KL hari ini


SEBUT sahaja nama Usop Hudlar, rata-rata kaki pancing sememangnya cukup mengenali insan yang sudah sebati dengan perjuangannya dalam arena pertandingan memancing negara.

Usop atau nama lengkapnya, Yusof Harun hari ini terus mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) Siri 1 yang berakhir di Taman Tasik Ampang Hilir tengah hari tadi.

Kemenangan yang idcapai hasil tarikan patin seberat 12.640kg pada jam 11.11 pagi melayakkan dirinya menerima hadiah berupa wang tunai RM8,000.

Mengakui saingan yang diterima cukup sengit, Usop tetap memanjangkan rasa syukur di atas kemenangan yang dicapai. 

“Sejujurnya saya terkedu bila nama diumumkan sebagai juara. Terkejut kerana saya jangka orang lain akan menang memandangkan ramai otai yang lebih berpengalaman turut mengambil bahagian.

 “Apa pun, mungkin hari ini tuah buat saya. Penyertaan kali ini nampaknya cukup berbaloi apatah lagi selama ini rekod tangkapan ikan yang diraih pemenang di Ampang Hilir terdahulu ada yang pernah mencapai 30kg lebih. Saya sendiri pun mendaratkan ikan seberat itu pada tahun 1997.

“Kemenangan ini saya dedikasikan buat keluarga, rakan-rakan yang banyak membantu saya selama ini ,” ujar Usop ketika ditemubual Joran Pancing hari ini.


Bagi tempat kedua dan ketiga pula, ia disandang oleh Mohd Nizam dan Muhammad Mutawalli Mohd Adnan yang turut menaikkan sepsis yang sama seberat 12.245kg dan 9.22kg.

Hadiah kepada para pemenang utama disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim bin Yusoff.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Puan Hasliza Abd Hamid dan rakan penaja.

14 April 2018

Sesi daftar awal Jelajah Pancing KL Siri 1/2018

Kaki pancing serbu kaunter Jelajah Pancing KL petang ini


Update Live: Sesi daftar awal Jelajah Pancing KL di Taman Tasik Ampang Hilir sedang berlangsung yang disertai ramai kaki pancing. Mari...mari...mari...sebelum terlambat!

10 April 2018

Perlepasan ikan sempena Jelajah Pancing KL berlangsung pagi tadi


Satu majlis perlepasan ikan ke dalam Tasik Ampang Hilir  telah berlangsung pagi tadi yang disempurnakan oleh pegawai tertinggi Dean Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan penaja bersempena Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...