SIAPA sangka dalam tuntutan profesion sebagai artis, Juara Kilauan Emas, Mior yang lebih sinonim dengan tag line " Rock Brader" tidak kurang hebatnya dalam memenuhi hobi masa lapangnya, memancing.
Jika Black Mentor kerap menjelajah dari kolam ke kolam, Mior pula teruja memancing di kawasan tasik apabila berpeluang bersantai sambil memancing di houseboat Tasik Kenyir baru-baru ini.
Malah, Mior sendiri turut bersetuju untuk mengadakan aktiviti memancing dan bersantai bersama peminat pada 18 - 20 Januari ini. Sesiapa yang berminat, boleh berhubung terus dengan Pyan (012-2770360), Rizal (012-2226906). Sekalung penghargaan buat Adznul Ibrahim Anol.