"Ingin dimaklumkan bahawa Selangor Plus Fun Run yang sepatutnya berlangsung pada 8 Februari ini akan diawalkan kepada 1 Februari 2015.
"Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Temasya Selangor 15 yang dipengerusikan Setiausaha Politik (Tugas-Tugas Khas) merangkap Sulit Menteri Besar Selangor, Encik Hilman Idham pada Januari 2015 yang memutuskan semua program Temasya Selangor 15 perlu diadakan pada 29 Januari hingga 1 Februari 2015," ujar jurucakap penganjur Selangor Plus Fun Run, Encik Rosli Yahya kepada Joran Pancing.
Namun begitu kata beliau, pihak penganjur turut bersetuju untuk menaikkan jumlah medal dan sijil penyertaan kepada 2,000 manakala T'Shirt kekal sebanyak 1,500 helai.
"Kesulitan ini amat-amat dkesali dan jutaan terima kasih diatas sokongan semua terhadap program ini.