Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

25 Disember 2015

Kolam pancing air tawar 24 jam bakal dibuka di KL


KOLAM Pancing Ikan Kelah (KPIK) bakal mengorak langkah dengan mempelbagaikan operasinya dengan membuka sebuah lagi kolam pancing berasaskan spesis air tawar tidak lama lagi.

Pelbagai spesis ikan ditawarkan seperti patin, tongsan, rohu dan talapia pastinya mampu menarik ramai kaki pancing apatah lagi dengan kedudukannya yang terletak di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur yang terkenal dengan suasana nyaman dan bebas dari hiruk pikuk kebisingan kota.

"Memandangkan kolam terbaharu ini akan beroperasi 24 jam sehari,  KPIK akan menyediakan prasarana terbaik termasuk kemudahan restoran, umpan, perkhidmatan TV Astro dan WIfi secara berperingkat.

"Dengan pembukaan kolam ini, pihak kami turut bersetuju mengadakan siri pertandingan Jackpot yang menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang, " kata Pengurusnya, Encik Sofi ketika ditemui Joran Pancing.

Selain kolam air tawar, KPIK juga memiliki sebuah kolam pancing Ikan Kelah dan kolam pancing udang yang terletak bersebelahan dengan kolam terbaharu ini.

Untuk mengetahul lebih lanjut mengenai operasi kolam milik KPIK ini, sila berhubungi terus dengan talian 013-300 8444 atau layari Page Facebook: KOLAM PANCING IKAN KELAH.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...