JELAJAH Pancing Kuala Lumpur akan kembali lagi ke Taman Tasik Ampang Hilir pada 13 Ogos ini bersamaan Sabtu.
Bagi mereka yang pernah menyertai pertandingan ini tiga bulan lepas di lokasi yang sama tiga bulan lepas pasti teringat penangan patin seberat 15.145kg yang telah menjulang nama Azmi Yaakob sebagai juara mutlak.
Beliau berjaya mengenepikan cabaran Ishak yang sebelum itu mendahului pertandingan dengan tangkapan ikan patin seberat 12.720kg sambil disaingi Usop Haidar juga dengan kejayaan mendaratkan spesis yang sama seberat 9.570kg.
Kejayaan ini membolehkan Azmi membawa pulang RM6,000 manakala Ishak dan Usop masing-masing meraih RM3,000 dan RM1,000.