Angkatan patin seberat 6.225kg yang didaratkan pada jam 8.51 pagi berjaya melonjakkan nama Ramli Bilal untuk bergelar juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) Siri 5 yang berakhir di Taman Tasik Permaisuri sebentar tadi.
Kejayaan ini sekaligus membolehkan Ramli membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 beserta barangan produk rakan penaja, Oishi dan Igloo
Anak kelahiran Dengkil, Sepang yang lebih mudah disapa sebagai Abu ini mengakui ini bukanlah pertama kali dia menjuarai sesuatu pertandingan memancing yang diadakan di seluruh negara. Cuma penyertaan di JPKL anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini baru saya berpeluang menjuarainya walaupun sudah menyertai beberapa kali pada sebelumnya.
"Inilah pertama kali saya dapat mengenggam kejuaraan disini. Ini mungkin rezeki saya. Saya memanjatkan rasa syukur atas kejayaan ini.
"Terima kasih kepada pihak penganjur dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya menyertai sebarang pertandingan memancing selama ini.
Saya berharap kejayaan ini akan meningkatkan azam saya untuk memperolehi pencapaian lebih cemerlang pada siri Pertandingan Memancing yang semakin bercambah di seluruh negara," ujarnya.
Ketika ditanya, Abu tidak menafikan bahawa dorongan keluarga merupakan punca utama dia terjebak dalam arena memancing.
"Kebanyakan adik-beradik saya seramai 10 orang meminati bidang memancing. Kemana sahaja mereka pergi menyertai mana-mana pertandingan memancing, saya akan ikut dan sama-sama bertanding. Soal menang kalah bukan persoalan. Apa yang lebih penting, kepuasan dalam jiwa saya," kata Abu yang memiliki pengalaman memancing selama 14 tahun.

Tempat kedua dan ketiga diraih Muhd Haikal Razman dan Muhammad Danial.Mohd Naim yang masing memperolehi wang tunai RM3,000 dan RM1,000. Haikal menaikkan ikan patin seberat 2.360kg pada jam 12.26 tengahari manakala Danial dengan spesis yang sama dengan angkatan seberat 0.745kg pada jam 9.05 pagi.