Awang Isa Mamat (tengah) dari Gua Musang muncul juara Memancing bersama Jejak Suci yang berlangsung di Tasik Jejak Suci, A.M.B.S. Dungun pada semalam.
Kejayaan ini sekaligus membolehkan Awang Isa membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM40,000.
Bagi tempat kedua dan ketiga, ia dimenangi oleh Fakhrul (berbaju putih) dari Melaka dan Mohd Khairol dari A.M.B.S. Dungun. Keduanya masing-masing meraih wang tunai RM7,000 dan RM3,000.