Kaunter daftar awal sempena Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Permaisuri, Cheras akan dibuka kepada kaki pancing mulai jam 1 petang ini hingga 9 malam dan keesokannya (Ahad) iaitu pada hari pertandingan mulai jam 6.30 pagi.
Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM40/ satu joran dan mereka berpeluang menerima 2 botol Oyoshi sebagai habuan ketika mendaftar.