Bak kata peribahasa Melayu "Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi" nyata cukup mempengaruhi sifat anak dengan ibu-bapanya.
Ada kebenarannya bila Joran Pancing melihat gelagat Misbun Shawal Misbun yang kebanyakan memiliki sifat dan hobi yang sama dengan bapanya.
Sebut sahaja nama Misbun Sidek ramai mengenalinya bukan sahaja hebat diatas gelanggang badminton bahkan cukup sinonim dengan hobinya memancing.
Jika ada kelapangan masa, tidak mustahil Misbun akan bergegas ke port-port terbaik untuk melepaskan ' gian' dan jarang sekali pulang dengan kehampaan.
Kini jejak itu dituruti anak sulungnya, Misbun Shawal yang juga jurulatih kelab profesional Nusa Mahsuri. Pada peringkat awal penglibatannya, Misbun Shawal seolah-olah 'give up' dengan hobi ini. Maklumlah setiap turun ke port memancing ada sahaja yang tidak kena dan pulang dengan wajah sugul lantaran penangan 'bangau'. Namun semua itu sudah berubah sejak bergelar pemancing tegar.
Pada semalam, Misbun Shawal bersama teamnya, Bangau Fan Club turun ke perairan Port Dickson untuk beraksi selama sehari suntuk. Nyata sekali hasil yang diperolehi cukup berbaloi.
Paling menakjubkan, Misbun Shawal tidak menyangka sama sekali dapat menawan jenahak seberat 6.3kg dan beberapa spesis lain biarpun dia tidak meletakkan harapan tinggi sebelumnya untuk merasai tarikan antara spesis paling ganas di laut.
Bahkan semua ahli kelab cukup berpuas hati biarpun terpaksa berdepan terikan cahaya matahari. Macam-macam ada..jenahak,kerapu dan senangin.
Terbaiklah Awal and the geng. kini 'bangau' sudah menghilang jauh....🐠🐟🐡🐬🦈🐋