SELEPAS sekian lama menyertai yang sudah memasuki tahun ke-5, Otai pancing, Roslan akhirnya berjaya meraih gelaran yang diidamkan apabila mengesahkan gelaran selaku juara Siri Akhir Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berakhir di Taman Tasik Titiwangsa tengahari tadi.
"Selama ini saya hanya memenangi kedudukan dibawah sahaja, Inilah pertama kali saya berjaya menduduki podium juara," ujar Roslan yang berjaya mendaratkan spesis toman seberat 6.500kg pada tepat 11.40 pagi sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Berikutan kemenangan ini, Roslan merancang untuk menggunakan hasil yang diperolehi untuk keperluan keluarga lebih-lebih lagi memenuhi persiapan anak-anak saya yang masih bersekolah.
Sementara itu, tempat kedua berjaya disandang oleh seorang lagi otai, Usop Hudlar yang sememangnya cukup dikenali dikalangan kaki pancing sekitar Lembah Kelang menerusi hasil tangkapan ikan patin seberat 4.485kg manakala Fuad muncul pemenang tempat ketiga dengan kejayaan menaikkan ikan patin 3.680kg.