Seorang kaki pancing dari Shah Alam, Mohd Faizal Ali a.k.a.John 39, muncul juara sempena Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak hari ini.
Faizal berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 selepas berjaya mendaratkan ikan patin seberat 7.445kg pada jam 8.25 pagi.
Tempat kedua menjadi milik Arbain Basri dari Karak hasil kejayaan menaikkan ikan patin seberat 5.380kg manakala adik Mohd Haikal Razman 16, membolot tempat ketiga apabila mendaratkan ikan patin seberat 4.375kg. Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM1,000.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Team Jom Kaki Pancing.
Dalam pada itu, Penyeleras pertandingan, Encik Rosli Yahya berkata, lebih 800 kaki pancing telah mengambi bahagian yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari itu.
"Syukur alhamdulillah sepanjang 6 tahun pertandingan ini diadakan, sambutan dan penyertaan peserta sememangnya cukup memberangsangkan apatah lagi hadiah yang ditawarkan kali ini lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya," ujarnya.