Kaunter akan dibuka jam 12 tgh esok (Sabtu) hingga 10 malam diikuti pada Ahad (hari pertandingan)dibuka jam 6.30 pagi di Khemah Urusetia Taman Tasik Ampang Hilir, Kl di pintu 1 dan jangan lupa sila bawa pancang besi.
Kerjasama anda diingatkan menghormati rakan-rakan lain dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali meletakkan atau menanda sesuatu di lokasi2 pilihan sebelum mendapatkan sticker pancang terlebih dahulu. Urusetia akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum kaunter pendaftaran dibuka. (sepertimana sebelum ini).
Yuran cuma RM50 sahaja dan anda layak menerima baju jenis Microfiber, 2 botol Oyoshi malah berpeluang merebut hadiah keseluruhan lebih RM28,000 dan RM10,000 menanti bakal juara.
Lebih menarik, hadiah disediakan sehingga ke tempat ke-120 dan barangan sumbangan penaja berupa 2 buah motosikal, 3 unit TV dan hadiah cabutan bertuah turut menjadi habuan bagi mereka yang bertuah nanti.