Sebut sahaja nama Kolam Pancing Air Tawar Abe yang terletak di Batu Pahat, Kangar pasti ramai yang mengenali nama Mazlan Che Mat atau sinonim dengan panggilan Lan Belia.
Setiap kali dia beraksi di kolam ini, pasti ada sahaja yang menjeling ke arahnya apatah lagi ketika umpan yang dibancuhnya kerap menjadi santapan ikan-ikan bertaraf monster seperti karak dan patin mekong.
Maka tidak hairanlah setiap kali ikan yang berjaya didaratkan pasti menjanjikan habuan lumayan dengan menduduki ranking teratas Kolam Pancing Abe.
Hari ini, beliau mempamerkan sentuhan berbisa apabila berjaya menarik ikan patin seberat 24.40kg. Terbaiklah sifu...
Hari ini, beliau mempamerkan sentuhan berbisa apabila berjaya menarik ikan patin seberat 24.40kg. Terbaiklah sifu...
Video ini juga boleh ditonton di channel Youtube: joran pancing